Sunday, May 9, 2010
Happy Mother's Day Mak!
Ok kejap, saya tengah marah. Tajuk sangat comel tapi saya nak marah dulu. Izinkan saya?
Thanks.
AH GERAMNYE AKU DAH TULIS PANJANG PANJANG TIBA TIBA TAK SAVE AND HILANG? EH BAPAKLAH GERAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM
Bodoh punye broadband. Blogspot ni pun satu. Savelah ngok! Tengok sekarang dah hilang semua. Penat aku tulis bengongggggggggg. Dahlah special post kali ni (sendiri rasa special. haha)
Erghhhhhhhhhhhh sumpah geram. Boikot blogspot. Boikottttt.
Dear mak, I LOVE YOU SO MUCHH! HUGS AND KISSES DARI ANAKMU :')
Argh geram lagi sebab aku dah tulis post special untuk mak aku tau. Frust gila. Arghh
Aqilah, mengucap.
p/s : maafkan Aqilah yang sedang PMS. eheh heh hehehhehehheh
Saturday, May 8, 2010
Masih Terkejut. Ya, Saya Masih Terkejut.
Hellooooooooooo Malaysiaaaaaa. Ahhhhh. And helloooooo Germanyyy. Yeahhhh. Hmm, it's a new day, huh? And a new start. Ceh, hari baru lah sangat. Tiada apa yang luar biasa harini. Cuma harini adalah hari Sabtu, cuti dan seperti biasa aku mestilah bangun awaaaaaaaaaaal. Sangatttttttttlah awal. Yelah tu.
Oh I cakap Hello Germany sebab kat Feedjit I, trace from Germany appeared for like, every hour? Kantoilah. Sape sini dok Jerman? Belajar kat Jerman ke? Ada sesape ke? Oh taknak ngaku? Takpe. Sukela hati u oll. Incase orang German betul yang datang, yang bermata hijau juga biru, rajin-rajinlah tegur I ok. Eh mana lah dia nak faham I tulis bahasa melayu. Ok sprechen deutsch. Ich bin Auslander und sprechen Deutsch sikit-sikit. Haha OK Aqilah, stop it.
I bangun pukul sepuluh pagi harini. Haa, terkejut tak? Awal ok! Awal! Weekend mana pernah I bangun awal macamni! Whatever. Dan kenapa I guna I ni? Bukan selalu aku ke? Ah belasahh. Harini I rasa gedik luar biasa so I nak guna I jugak. Sukela hati I. You know I bangun je tadi, I terus mengadap laptop. Dengan tak gosok gigi semua, dengan rambut serabai frizzy habis, mata penuh err you-know-what-i-don't-have-to-tell-you-what-the-'it'-is, daaaan agak blur juga. I tengok, ada orang buzz pukul 4 pagi tanya, 'dah tido?' I tulis kat status ym I kan - goodnight, world. Maksudnya I tidurlah tu, kekasih (eh eh, sejak bila ada kekasih. Tettt) But It's OK I tau dia buzz pun sebab rindu dengan I je sebenarnya. Tau daaaaaaaah (jelir lidah)
I pun buzz lah dia balik. Dekat sini pukul 10 pagi, jadi kat sana (mana-manalah sana tu. mungkin Egypt? Jerman? I dunno) pukul 4 pagi. Sebab beza 6 jam kan. Pukul 4 pagi, I assume dia dah tidurlah kan. Tapi buzz I berbalas. Ohhhh! Tak tidur lagi dia ni. So we chatted for awhile. And facebooking some more. Balas-balas komen. Ok perluke I cerita all this teeny meeny details about my life kat sini? Since blog I ada stalker from Egypt eh siapa kau? Kantoilaaaaaaaa. Ahha Haaa
I tak cerita lagi benda yang I nak cerita, asyik melencong je. Dush. Sebenarnya I nak cakap, I tengah terpisat-pisat baru bangun tu, tiba-tiba ada seseorang ni ajak I berkahwin. YEAH YOU HEARD ME, BERKAHWIN. KAHWIN WEH, KAHWIN! GETTING MARRIED IN ENGLISH and in french, se marier avec quelqu'un. Omaigod, omaigod, apa reaksi nak buat ni? So I pilih untuk pengsan. *pengsan*
Dia tunggu jawapan I. I nak jawab apa eh? Jawapan dah ada je ni. Ada je, opcoslah dah ada. Tiiihiihhihiihtitihitihitihtiiihi Ok gatal.
Tak sangka I. Auw tidaaaaaaaaaaak, tak percayaaaaaaaa. Aku bakal berkahwin. Tidak lama lagi. Jeng jeng jenggg. Dengan siapa? Haa itu yang kita taktau.
And happy weekend everyone!
Wednesday, May 5, 2010
Oh, BTN ke?
Aku baru lepas habis BTN. Dah seminggu jugak lah. Woah woah, BTN aka kursus Biro Tatanegara (ada setengah taktau, takpe aku bagitau) memang best. Serius best, tak tipu. Bukan sahaja aktiviti dia menarik, pengisian dia yang bermanfaat, malahhhhhhhhhhh (eh panjangnya malah aku) dapat banyak kawan baru juga dapat skodeng lain jantina yang kacak kacak dan pandai pandai. Eh.
Astaga. Terpesong niat. Aqilah, behave. BEHAVEEE
Walaupun jadual sangat padat and kena bangun awal, gila nak mampos punya awal weh. First day aku bangun pukul 5.20 pagi okay. Lepas Dilla bangun. Dilla memang tak peliklah bangun awal. Dia memang selalu je bangun awal. Aku bangun lepas Dilla bangun kau orang tahu? Fairuz pun tak bangun lagi tiba aku dah bangun dulu. Semangat lak ai. Hahahahaha. Memang kecohlah semua orang sebab tengok aku bangun awal haritu. Hek eleh korang, keycohhhhhhhhh.
Cuba kira berapa banyak perkataan bangun? Ngaa
Kitorang banyak belajar pasal perlembagaan. And banyak cerita balek pasal sejarah Malaysia. But this time belajar sejarah secara matanglah. Dengan membuka minda luas-luas serta menghayati erti sejarah, erti kemerdekaan, pengorbanan para pejuang kita dahulu (ceh, ayat buku teks) Tapi betullah, I must say time BTN ni aku memandang sejarah dari sudut yang lain. Bukan macam dulu, belajar sejarah semata mata nak lulus exam je kan. Itu yang buat pemikiran kita tak luas sebenarnya. Belajar semata-mata nak exam, bukan sebab nak ilmu tu, bukan sebab nak menjiwai ilmu tu dalam diri kita. I think we should work on that. Tukar pemikiran kita kita yang tengah belajar ni. And aku sebagai bakal pendidik bangsa, adalah penggerak nadi wawasan! Ayuh rakang rakang sekaliang!
Haa, nampak tak bukti aku graduan BTN? Semangat kenegaraan kuat ni siottttt. Membara di dalam dada. Hahahahaha. Aku memang tengah serius ni tapi agak awkward kalau tak letak Haha kat hujung ayat aku.
Yeah right, whatever.
Groupmate aku pun semua best-best. Seronok lah. Sepanjang 5 hari tu phone kena bagi ketua fasi simpan. So no phone, no facebook, no nothing. Ada berani? For me, 5 hari tak dapat pegang phone pun aku rilek je. Yelah, rileks je lah kan, bukan ada boyfriend pun nak mesej-mesej, call call (ayat loser gila kahkah) Tapi kan ada orang tu rindu aku sebab tak dapat video call berjam-jam kat Skype. Tihihi kesian dia. Saya dah balik kan wak? I'm all yours now *senyum tayang gigi*
Kalau nak cerita semua yang berlaku kat BTN tu memang penatlah korang nak baca. And tak tergambar dengan perkataan lah. Ahha Haa (alamak rindu abang Aduka). Macam-macam kot jadi. Ada kelakar, ada sedih, ada pahit, maung, payau sume satu set kohomplit! Err, I mean complete. So kalau nak tau camne BTN ni, sila pergi dan alaminya sendiri. Hahaha
Dah, satu gambar je dahla. Yang laen pergi cekidauddd kat Facebook. Broadband I is the very lah lembab nak upload satu bijik gambar boleh aku membuta dulu baru siap upload. Choiii. Lagipun takleh tayang banyak-banyak sangat gambar. Nanti semua nak mengorat kite. Eh takboleh lah, kite ni budak sekolah lagi.
Nanti kite bagitau daddy kite!!
Sunday, April 25, 2010
Sedih Rasanya
Meninggalkan katel dengan cadar Thomas The Tank aku tu. Hooo, seriously kau tak kenal Thomas the Tank? Soo last yeaaaar~ Jap, aku google gambar dia
*google google*
Aku nak berpindah. Kat Sungai Pelek, Sepang. Ok nama memang sangat pelik tapi abah cakap tempat dia ok. Takpe kite tengok esok.
Dah. Aku nak packing packing. Sumpah mem-packing barang didalam beg adalah benda paling aku tak suka.
Rasa macam nak bawak satu loker je. Encik Driver Bas, allow me? Hihi
And housemate aku tolong ready dengan muscle muscle nak tolong angkat loker aku. Ehhh kata semangat setiakawan. Cani ah korang, cani aa. Cani aaa
And oh ya, Hadzwani Hasni, don't miss me too much ok? Alalalala, please don't cry alalalala. HAHAHA :P My phew (you know what i mean) is always with you kaaaan.
Saturday, April 24, 2010
And This Time, It's All About Mr Y.
It's the weekend. No way I'm gonna spend my weekend kat kampus aku tu. Takperlulah aku sebut nama or kat mane kan. Biarlah rahsia. Haha. As usual aku baliklah Shah Alam. Rumah kakakku yang senget benget itu. Epp epp, jangan marah haa, nanti kena jual. Kalau akak aku rajin, dia amek aku. Kalau dia malas, aku naik komuter. Jadi semalam aku terpaksa naik komuter so korang dapat agak akak aku malas ke rajin kan? (soalan bodoh nampaknya)
Aku juga selaku adik yang sangat bertimbang rasa juga berperikemanusiaan terhadap binatang, aku rasa tidak perlulah aku menyusahkan kakakku yang sibuk bekerja dan membanting tulang empat kerat (bunyi macam kerja buruh la pulak) since aku pun dah besar walaupun pendek dan kecik tapi tak kesahlah aku boleh balik sendiri kan. Makanya, Aqilah baliklah sendiri naik LRT Kerinchi pergi KL Sentral and then amek komuter.
Ceritanya berbunyi begini. Ehem, aku baru nak start bercerita ye. Atas tu mukadimah je. On the way nak pergi LRT Kerinchi ni, kena lalu depan satu bangunan UM (kot) yang macam ditinggalkan tau. So takde orang lah kat situ. Agak seram, lagi-lagi kalau malam. That's why malam aku tak pernah lalu situ sorang-sorang. Kerja gila bai. Aku balik semalam pun petang, cerah lagi. Takde hal lah kan. Tapi aku selalu je amek precaution step macam sentiasa memandang belakang untuk aware dan juga pegang payung ke contohnya. Agak-agak ada penjahat ke perogol ke aku debik dia cukup-cukup dengan payung tu. Sekuat-kuat hati semahu mahunya. Determine aku ni weh. Jangan main-main. Biarlah payung tu bocor ke kan. Bahahhahaha gelakkan diri sendiri.
Sekali aku terdengar derapan kaki dari belakang. Drup drap drup drap. Eceh, siap soundtrack lagi. Aku terpesona. Eh yeke terpesona? Terkesima kan? Ah belasahhh. Aku pun menoleh kebelakang. Seorang jejaka. Berbaju hitam. Of course lah lebih tinggi dari aku. Membawa beg sandang. Dan paling penting. HENSEM. OH MY GOD I JATUH CINTA PANDANG PERTAMA YOU. HAHAHAHAHA
What if I’m not a superhero? What if I’m the bad guy?
Haa, tiba-tiba kau tahuu aku berfeeling Edward Cullen dalam Twilight. Wakaka. Mr Y ni jalan belakang aku lah kan. Agak laju. Macam nak dekat dengan aku dah. Aku pun taktau dari celah mane dia datang. Tiba-tiba je Mr Y ni. Nasib baik kau kacak. Menjadi pujaan hatiku. Haha gila geli. Oho ya, and now officially nama dia adalah Mr Y. Mr X is SOO LAST YEAR OKAY. Mr Y is SOO TODAY.
Aku ingat dia nak naik LRT jugak. Sekali tak. Dia teros je straight <---reedondaaant (ms ho, 2010) Aku kuciwa. Takpelah, mungkin kita tidak berjodoh. Aku belilah tiket dengan hati yang lara ini. Pasrah segalanya. Baru naik eskalator, LRT dah sampai. Teros naik. Tak pandang kiri kanan. Dalam LRT sekali lagi aku melayan blues. Tapi bukan kat Mr Y lah. Ingat Mr Bombastic Very Fantastic pulak. Eh beghape banyak Mr daaaaaa. Ngaha. Dah berangan-angan tu, sambil memerhatikan gelagat orang sekeliling aku, aku toleh lah kiri aku.
OMAIGOD! MR Y WAS JUST RIGHT BESIDE ME WEHHHHHH. TENGAH PEGANG TEMPAT PEMEGANG KAT ATAS TU. AND HE'S LIKE, 2 FEET AWAY JE FROM ME. EKSAITED! EKSAITED!
Aqilah, control. Control. Tarik nafas, lepas. Tarik, lepas. Hahaha. Siriesly, tadi aku tak nampak pun dia and then tiba-tiba dia ada betul betul kat sebelah aku. And i can even smell his perfume *pengsan* Apakah dia mengekori ku? Apakah dia mencari-cariku? Apakah dia sebenarnya berada di gerabak yang lain tapi bila nampak aku yang serba kuning (baju kuning, beg kuning, you know, kuning terang abeh tu. Otak taklah haha bodoh kau) dia pun segera datang kearahku and nak surprisekan aku? Kalau betullah begitu Mr Y, you did it. And you did it your way.
Cewahhhhhhhh. Tak boleh blah betol keperasanan aku ni. Sukela hati kaaaaan. Ngaa. Tapi kami terpisah lepas aku turun kat KL Sentral tu. Aku tak tengok pulak dia turun sama ke kat KL Sentral sebab hatiku berdegup kencang tatkala kami bertentang mata. HAHAHAHAHA
Ok setakat ni je lah cerita aku. Aku harap para pembaca misteriku tidak termuntah berbaldi baldi. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, nusantara.
Monday, April 19, 2010
Saya Cuak
Sebab esok result keluar. Kalau tak pass memang i need to repeat this June. So Aqilah, all the best. Kalau gagal janganlah frust sangat. It's not the end of the world pun. Haitt
Eh cuak kau. Berdebar jantungku. Bagaikan saat mataku bertentang mata dengan si dia. Ngaha.
Byeeee
Sunday, April 18, 2010
The Royal Family Wannabe.
Harini malas nak membebel so aku nak letak gambar je. Haruslah show opp muka kitorang yang gojes gojes juga hensem hensem ni kan. Hahahahaha
dayang kesayangans.
Subscribe to:
Posts (Atom)
