Saturday, April 17, 2010

Who Are You Mr X?


Semalam on the way balik, aku taktau apesal tapi aku mengantuk tahap tapir. Seriously aku mengantuk sampai tersenggok-senggok dalam komuter. Ok tipulah taktau apesal mengantuk. Pukul 5 lebih kot aku balik. Memang masa tidur Aqilah. The typical aqilah punya masa tidur. Manelah tak mengantuk kan. Huwawa. Lagi satu tipikal Aqilah, aku dah sampai KL Sentral baru aku teringat aku tertinggal surat reduction untuk buat passport. Addoiiii. Terpaksalah balek amek. Terpaksa weyyy. Patah balik naek LRT, and then menapak. Aih, cobaan cobaan. Dahlah time aku tersedar tu (dalam lrt tengah duduk) tiba-tiba otak aku macam bagi signal 'TING! KAU TERTINGGAL SURAT TU, NENEKK' Pastu tindakan refleks aku adalah 'SHITTTTTTT, TERTINGGAL' Dahlah aku sebut kuat-kuat lu orang tahuu. Orang-orang dekat aku semua pandang. Eh alamak, terkuat la pulak. Bahahaha


So bertambah-tambahlah kepenatan aku kan. Tupon nasib baik lah baru sampai KL Sentral. Buatnya kalau dah sampai rumah baru aku teringat? Kompem kuliah dengan Pakcik Hamid sepanjang weekend berlangsung. Kompem.


Dalam komuter pulak aku tak dapat duduk. Berdiri laaaah kan. Sampai Kajang baru dapat duduk. Aku pun bila dah dapat duduk, and then dengan aircon yang sujuk, selesa ah, mata pun dan-dan melayaaaan. Aku pun melayaaaaan. Tidurlah abeh senggok-senggok aku peduli hape kan. Aku rasa macam lama jugak aku lelap. Bukak-bukak mata, orang depan aku senyum-senyum pandang aku. Macam ketawakan aku yang tengah tidur neh. Ceh. Taula aku selebet kan. Fineeeeeeeee. Seganlah jugak. Tapi since aku tak kenal dia, lantaklah kan. Jumpa sekali je, takde hal ah. (ayat sedap hati. ngaa)


Sampai Terminal One, aku pun pergi solat asar dulu. InsyaAllah dengan semayang, segarlah sikit kan. Huuuuuuuuuuuuu <--- ape motifkah? Haha. Habis semayang semua, aku pun dah beli tiket nak balik Jompul, so beraturlah kan nak naik bas. Orang agak ramai jugaklah semalam nak balik. Tapi aku tak heran, sebab aku ada skill merempuh bas. Jangan maen-maen, hebat kottt. Orang kecik comel kan. Menyelit tu memang bidang aku ah. Tapi malangya aku macam takde mood semalam, so malas la pulak nak show opp skill aku tu. Aku pun beratur jelah, seraya menyahut seruan kerajaan menjadi warga Malaysia yang berbudi bahasa, bersopan santun, bertatasusila. Ehem.



Tiba-tiba, orang kat sebelah aku ni cakap 'ehhhhhhh'. Aku yang tengah syok tenung bas (tah ape aku tenung aku pun taktau) pun menoleh ke arah datangnye bunyi 'ehhhh' ni. Sekali korang tau sape? Cube teka sape?


IYAAA, TEPAT SEKALI. LAKI YANG GELAKKAN AKU KAT DALAM KOMUTER TADI OK!



Itik betullaaa. Kenapelaaa mesti Mr X ni yang aku nampak LAGII? Aku pun terus 'Eh awak lagi! Awak ikot saye pergi mane2 eh? Awak nak ape dari saye? Gile stalker!' kataku dalam hati. Haha, macamlah aku berani sangat nak cakap depan-depan. Wakaka. So Mr X ni pun macam tetibe nak beramah mesra dengan aku. Tanya aku nak balik mana, rumah kat mana, Belajar kat KL ke? Aku macam malas nak layan. First, sebab malu. Second, sebab dia tak hensem so aku tak berminat nak menggedik. Bahaha


But dia nice (kot). Time tengah ramai berpusu-pusu berasak-asak nak naik bas, dia cakap,

Mr. X : Sini, sini. Awak berdiri depan saya ni. Boleh naik cepat.
Aku : Oh okay.


Bila dalam bas, dia macam pandang-pandang aku. Aku rasa dia nak duduk sebelah aku. Kompem. Kompemmm dia nak duduk sebelah aku. Tau sangat. Nasib baik lah ada orang lain depan aku dalam bas. Tempat duduk dah penuh, sekali lagi aku terpaksa berdiri. Kalau berdiri dengan dia kang berlanggar-langgar pulak. Tak kuasa lah I. Tapi kalau dia hensem, aku takde hal je ahahaha ok gatal



Dan aku sempat lagi lelap eventho tengah berdiri pun. Memang aku tak pikir laenlah, nak katil je semalam. Tak sabar gila nak sampai. Rumah sikit punya dekaaaaat. Mak, cepatlah pindaah jommm :( Aku macam in a state of antara sedar and tak sedar lah kan. Bukak-bukak mata je, Mr. X tu tengah pandang aku lagi! Senyum-senyum lagi! And siap geleng kepala lak tu! Ish, kenapa bila aku tidurlah dia nak pandang. Aku tidur je dia pandang, Aku pandang je dia tidur. Aku pun decide nak tulis note kat dia. And it reads ;


Dear Mr X (saya taktau nama awak, X pon okelah kan.)


Mr X, saya tahu awak baik, tapi saya harap saya tak terserempak lagi dengan awak lepas ni. Setakat ini sahajalah jodoh kita. Saya harap awak faham.


Timekaseh.


Ikhlas,
Ms S (stands for sleepy. haha)


Aku pun bagi kat dia note yang aku dah tulis tu. Aku harap dia faham lepas baca luahan hati dan rasa aku. Aku taknak dia berharap dan terus menanti. Maafkan saya Mr X. Cinta pandang pertama tidak selalunya berjaya.



Hahahahahahahaha korang percaya ke aku tulis note tu?


Pergh, gila jugak aku ni berimaginasi. Ahahaha.


Friday, April 9, 2010

Alkisahnya..

Aku pergi masjid jamek petang tadi. Nak beli selendang nak beli macam-macam. Ceh, bunyi macam banyak duit jadi aku perlukan boyfriend baru yang kaya hahahaha Keluarlah dengan Ifa, Fairuz and Yana. Cuaca macam sepoi-sepoi bahasa. Eh, angin je kan yang sepoi-sepoi bahasa? Takpelah, hentam keromo sudah. Kira cuaca macam suam-suam kuku. Takdelah panas sangat, dan tak sejuk sangat jugak. Selesa.


Sampai kat masjid jamek kitorang pun mulakanlah misi dan visi mencari selendang yang berkenan di hati. Semata-mata untuk persembahan kitorang khamis depan. Waceh, semangat dol nak menyanyi eventhough suara macam katak bobot pun. Ada aku kesah? Haha. Yang penting ape kawan-kawan? Semangattttttttttttt. Yeah itu diaaaa, S-E-M-A-N-G-A-T


Ok sambung.


Hampir semua kedai jugaklah kitorang serang nak cari selendang ni. Tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati. Last-last end up kat satu kedai ni, yang aku rase abang promoter tu macam nak mengorat aku je beraircon, and gila murah siak tudung-tudung selendang die. So memilih. Membelek. Melihat. Memerhati. Mengskodeng abang tu. Eh. Sempat jugak. Hahaha.
Finally, yyyyayy! jumpa jugak the one. Aku dapat satu, Yana pun dapat satu. Tapi malangnya, kitorang stuck kat dalam kedai tu. Hujan lah pulaaaaaaaaaaaak. Adeh. Lebat gila pulak tu. Payung pun tak bawak. Takkan nak duduk kat kedai tu melopong je kan. Hujan pun macam tanak benti. So kitorang decide nak pergi Mydin seberang jalan, beli payung and Yana pun nak beli barang. Pergilaaaaah kan.


Kitorang pun dengan lagak atlet marathon berlari ahh redah hujan ni. Lantaklah basah pun. Bila lagi nak seksi kan. Bahahaha. Sampai kat Mydin kitorang pun belilah payung. Of courselah aku pilih paling murah kan. Takde makne aku nak beli payung 15 hengget. Mahal kot. Baek beli Mcd ke, Pizza ke (Ni memang standard. Mesti compare dengan makanan) Pastu dah siap beli barang and bayar semua, di luar pula hujan masih bercucuran tiada sebarang tanda ingin berhenti <--- hoo menanges Cikgu Arshad baca ayat gua


Aku pun semangatlah ni bukak payung baru nak guna kan. Dahlah cantik pulak tu payung I ni. Warna ungu, flower flower gitu. Sekali tengok macam aiskrim paddle pop pun ade. (tengok, makanan lagi) Yang Yana pulak beli buruk je. Gila plain. Kaler biru je. Aku tengok pun takde selera. Payung aku lagi gojes habeslaa. Biasela weh, tengok tuanlah kan. Ehem. Kitorang pun meneruskan denai-denai liku liku perjalanan untuk pulang dengan menaiki LRT <--- itu dia sekali lagi Cikgu Arshad menanges baca ayat aku. Hahahaha

Aku macam pelik tibe-tibe tau, apesal ni air menitik nitik kat tudung aku ni. Macam ehh, apekah yang terjadi? Apa? Apa? Rupe-rupenye kau tahu Senah? Payung aku bocor! I repeat, PAYUNG AKU BOCOR. Cekodokkkkkkkkkkkk. Baru beli ni weih. Baru ok! Baru! Heh, bengang gua lu orang tau. Guna payung tapi basah jugak. Apela naseb. Aku yang dekat belakang ni panggillah Yana kan. (agak kuat sebab hujan kan bising. ala tapi aku kalau cakap biasa pun kuat kot. kahkah)


Keyla comel : Yana, payung aku bocor dohhhhhh

Yana : Yeke? AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Hamek kau, die gelakkan aku. Gelak besar plak tu. OK fine Yana. Fine! Sampai takat ni je kite kawan. Ngahaha.



Moral of the story is, jangan tengok barang tu atas dasar kecantikan semata-mata. It will be best if kita nilai dia dari ketahanan, dalaman dan bukan paras rupa semata-mata. Konsep dia sama je, apply to barang as well as to manusia. Just please don't judge a book by its cover. Doesn't mean cantik kat luar, kat dalam pun lawa. Kadang-kadang lawa di luar, tapi di dalam amboi, Tuhan saja yang tahu camne buruknya. And tak semestinya jugak buruk rupa paras zahiriah, batiniah die pun buruk. Might be batiniah die adalah indah seindah-indahnya. Lebih indah dari biasa. Yang penting think, before you throw. Oh, let's recycle.

Wednesday, April 7, 2010

Hati Ini Siapa Yang Tahu.

Banyak sangat benda yang jadi lately. Masa pun berjalan dan berlari berkejaran seindah bunga ditaman dengan cepatnya eventhough aku rase time kelas masa macam merangkak. Gila lama nak tunggu habis kelas. Ngaa. Takpe, menuntut ilmu dapat pahala weh. Free free je woi. Masa lain bile lagi ko nak cari pahala free free gini. Macam kau rajin sangat nak cari pahala pun. Ha, ingat tu brader.



Woo, tak sangke lah pulak aku ada gaya motivator juge pendakwah. Well, bakat terpendam siape tahu. Ngahaha riakla pule.



Apepun, aku tetap nak masa berlalu pantas. Lagi-lagi bulan April ni. April used to be one of my favourite month, but now no more. I despise April. Seriously. Uh uh, don't ask. Please don't ask. And I shall pronounce February happen to be my favourite month for now. Dahlah ada 28 hari je, Nak nak birthday orang tu pulak kan. Mane taknye. Wehehehehehehe gelak gatal


Pija pun cakap, all i need is time. Jadi aku percaya lah. Time really is precious, kan kawan-kawan? Barulah nak mengaku masa itu penting bla bla bla and alllllll. Before ni ade pernah kau kesahkah Aqilah? Fine, my bad. ceh, tibe mood serious. tah pape.


'Everybody makes mistake ah hah ah hah, but your mistakes in on purpose yeah yeahh, come on now everybody makes mistake. And MY mistake is on purpose.'

Actually tadi aku ngan Fairuz cipta lagu ni. Serious doh, ada rentak irama lagi. Dah kat blog camne pulak aku nak nyanyi kan. Entah camne tetibe dan-dan kitorang buat rap tadi. kahkah.

Fairuz you're the best. Ohh, the best ever lah! Ceh, tak ikhlas pun ni. Tolong jangan self obsessed. Tolonglah. Tolong ye. HAHAHA


Anyway, I still have time to fix everything up. And this time I am soo gonna make it right. I have faith on me.



See, berapa banyak aku guna perkataan 'time'. Korang perasan tak? Tak perasan? Hapedaa. Lantak koranglah. Malas aku nak layan.



Ok bye bye then!

Monday, March 22, 2010

Today I Am Soo Today.



Have you ever tried sleeping with a broken heart? Well you could try sleeping in my bed. Lonely, and tears fall down like the word stop don't even exist. And you would end up crying to sleep. Esok pagi bangun, mate pandaaaaaaa. Nahhhhhhhh amek, natural weh. Eh but mata panda is sooo today kan?




Oh, I am soo today rupenye. Haha



Well, actuali been few months dah tak macam tu. I mean, tak nanges-nanges before tido. Entah pahal before tidolaaaaah masa aku nak emotional over-over. Dengan tuala oren kecik aku (ni housemate aku sume taulah. Tuala oren i glemer u. Auw) But now? Ohhhh pur-lease. Aku takde mase nak menanges nanges meroyan ni. Buat penat kilang air mata aku nak bekerja je. Diorang pun nak rest jugak. And aku pun takdelah susah payah nak bayar gaji pekerja kilang air mata aku kan. Kalau asek bekerja, nak nak diorang asyik buat overtime pulak, kerja time malam lagi, OIH, kopaklah gua baiiii. So, para pekerja kilang air mata keyla, tolong kurangkan kerajinan bekerja ye. Boss kilang (akulah tu) nak spend duet buat shopping skinny jeans. Timekaseh.



I think its the time to think about my happiness lah. Jadi selfish dan fikirkan kegembiraan untuk diri sendiri. Why bother perasaan orang laen. As long as aku happy, mamposlah kau worang. Bahahaha ganas gila ayat. Aqilah, behave. BEHAVEEE. Hahahahaha



I MUST SAY I AM HAPPY WITH MY NEW LIFE, WITH WHAT I HAVE NOW. AND OF COURSE, NO TURNING BACK WEEHOOOO




Aku baru habis exam oral tadi. All in all, it went well, InsyaAllah. Doa je lah kan yang mampu sekarang. Hoping that Monsieur Bruno and Mademoiselle Psycho (psycho doh main mate dengan aku. Fineeeeeeeeeeee!) bagi markah tinggi (cehhh, konfiden gile je) Ye ah, bak kate Hadzwani Hasni, confidence is goooooooooooooooood. Betolla doh, siriyes confidence is good. Like, seriously. Like, soo today? Yay me, aqilah dah tak -soo last year-. Yay me, yayyyyyy!!!



YAYY!




YAY LAGIHHHHHH!!!




OHO YAYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Dahlah Aqilah. Stop the nonsense.




InsyaAllah, with Allah's will.


the yay us!


And bye bye!



Wednesday, March 10, 2010

Gila Adalah Satu Kreativiti.


Sejak akher-akher ni aku macam agak gila sikit. Eh rasenye aku memang dah sedia gila pun. Just lately macam overdose sikit, read : over dan berdose? Hahaha. Entah jin afrit mane yang rasuk aku, aku pun mengkalerkan lah kuku. Alah lek ah. Sekali sekale cuba benda baru. Itupun nak keycohhhhhhhh



lihat kukuku (kuku-ku?) tantek kaaaaaan

Hah amek kau. Warne warniiiiiiiiiiii


Sume kaler pon nak cuba. Tamak halobah bah bah. Tapi kan since sekarang kuku aku dah normal, i came to realise warna kuku natural lagi cantek doh. Like, seriously. Lagi cantek pink die. Macam manje manje je kaler die. Tengok kuku sendiri rasa alahai comelnye kuku kau aqilah. No wonderlah ko pun comel jugak.




Baahaahahahahaha sile muntah sekarang




betul kan comel? cakap daaaaaaah. gua tak tipu beb.



SIRIES TANAK KALERKAN DAH. TAK GOJES LAH U OLL.



Sekarang aku tengah baca buku tajuk 'I LOVE YOU, BUT I'M NOT IN LOVE WITH YOU'. Sort of like buku motivasi pasal relationship? Hahaha call me crazy call me blind ohhh do I look like I care people? But its fun, quite ok lah. Macam kena kat diri sendiri je. Manjang terasa je bace. Eceh. Tengokkkkkk. Nak dekat exam ni lah masa-masa tipikal nak menyimpang. Silalah bertaubat wahai Nur 'Aqilah.




Marilah kita start dengan berzikir.


Sebelum tu,

OI CHO. SELAMAT HAMEK RESULT TOMORROW. KAKCIK DOA YANG TERBAEK TOK KAMU. AAAAAAAND ESOK I CALLING CALLING U OK. ZASSSSSSSSS



p/s : Tantan ku sayanggg, I cant wait to meet you ohhhhhhhh. Serius rindu kau gila ba alip ba ya. HAHAHA AND KO TAK BOLEHHHH KENAL KAWAN AKU KAT BAWAH NI. SHUHHHH SHUHHHH huahhhaha


Tuesday, March 9, 2010

Bye Bye H.


Hello hello baby selamat datang ke blog sayaaa *ikot rentak lagu telephone-lady gaga ft. beyoncet*

Hahaaa, soo last year kan aku. Baru nak ada blog. Itulah pasalnye aku letak name -Soo Last Year- Cool kan nama? Biaselah beb. See the body ah. Kahkahkah


Tetibe aku ada rasa nak blogging balik. Lepas nafsu blogging aku terbantut sejak hujung tahun lepas. Jadi aku pun berkeputusan nak buat blog baru. Kira macam fresh start lah ni. Blog lame aku still ada. Nak delete sangatlah sayang sebab banyak sangat memori dalam tu. Yang membuatkan setiap kali aku baca balik mesti touching. Macam tetibe ehhh nak menangisnye baca. Banyak sangat benda jadi lately. Who knows it will end like this T______T




Aku pasrah segalanya. Cehhhh ayat




OK DAH. Tukar mood. Nak sedih-sedih pun takde guna. Things been said and done kan. Moving on je lah the best option. OK aku tau korang tengah teka-teka apebende yang aku tengah cakap ni kan. Silekaaaaaan. Silekan meneka. I am sooo not gonna tell u anyway. Haha wek padanmuka.


Harini my dear best friend forever, Muhammad Hadzwani Mohd Hasni nak fly pergi Jerman dah. Sedih nyah oi. Lepas sorang, sorang lagi nak pergi jaoh dari aku. Greaaaaaaaaat. Pergilaaaaaah pergi. Tinggalkan aku kat sini sorang-sorang makan ikan masin. OK fineeeeeee. Ceh, gile emosional gua. Hahahahahahahahahahahaha



Aku tanak cakap banyak, and tanak bagi banyak wasiat kat kau. Cukuplah bende ni je aku nak cakap,




JAGA DIRI BAEK-BAEK WEH. KAU TAU AKU SAYANG KO EN. XOXO. HAHAHAHAHA ;DD


there, me and the BFF. Perlu aku tegaskan disini, dia bukan boyfriend aku. And aku still single jangan risau.


In case berminat dengan aku, sila add facebook sekarang. Oh ape? Nak add kawan aku ni? Takpayahlah. Buang masa je kenal die wakakakaka.

Have a safe journey weh!!!


p/s - Ehhhhhh double meaning lah bye bye H ni. Huuuu