Monday, May 31, 2010

Kegilaan.


Mood gila nak shopping datang kembali. Kudos to Yana and Yin Swan yang telah membakarrrr balik kegilaan aku nak join blogshopping. Err, kudos ke kalau duit aku nanti bakal melayang layang? Takpe nasib baik murah. Takdela terasa sangat hahahahahahahaha yeahhhh, right.


ahhh nak yang ni!



Haa ni Mr Takeshi yang pilih. Aku pun suka sebab putih.


Coolnessssssssss

Favourite favourite! Palinggggg favourite!

Oh God, I want this too.

Oww emm jii, nehiiii


AHHH I'M DYING. THIS IS SO BEAUTIFUL.


Semua pun nak beli. Haha sukela hatiii. Nahhhhhh, gila happy shopping dengan Inche Takeshi. Cool lah awak. Ni sayang lebih ni yiihihihii. Jommmm I belanja Baskin Robbins tapi bayar sendiri eh :P :P


Sunday, May 30, 2010

What's your flavor?


Esok 31st lah everyone. Baskin Robbins jom? You all tahu kan every 31hb of any month yang ada 31 hari, BR ada bagi diskaun 31% untuk handpacked. Murahlah sikit kan. And gerenti puas hati. Aaaa nak jamoca almond fudge nak jugak nak jugak nak jugak!


Dengan ini saya ada permintaan istimewa. Saya nak orang kat bawah ni teman saya please please please please (dengan muke comel puss in boots)








meet Takeshi Himamura. Dia ni pemain rugby Jepun kegemaran saya yihihihi


Mr Takeshi, would you please say YES please pleaseeeee?


Menurut tafsiran vision Alice Cullen aku, Mr Takeshi bakal cakap YES, OFCOURSE. I WOULD LOVE TO.


Ahh, pengsan.


Saturday, May 29, 2010

Nak Tau Tak?


Aqilah Hamid tengah angau sekarang. Hari-hari pun dengar lagu Jangan Bilang Tidak - Raffi Ahmad and Ayushita.

Lepas tu ada orang tu tak habis habis promote lagu hindustan yang memang jiwang habesssss. Kesian dia lalok hindustan sekarang, dah tua tua begitu. Ish ish ish


Ok bye, nak sambung angau. Takde masa nak vlogging lah everivadi. See, angau sampai nak eja pun tak reti dah.


ANGAU ANGAU ANGAU ANGAU ANGAU

Tuesday, May 25, 2010

Ribena Oh RIbena.


Pergi pasar malam semalam. Beli nasik minyak dengan ayam goreng berempah. Ok memang sedap. Kenyang melingkar lingkar aku macam ular sawa semalam. Dahlah puasa kan. Tak lama lagi aku nak raya dah! Yay me! Korang sume raya lambat! Lambat! Aku raya dulu wehehe whateverlah Aqilah


Cerita dia, aku nak beli air lah kan. So pergi kat tempat beli air. Aku ni memang jenis penakut sikit, tak berani nak cube makanan-makanan ataupun air-air yang pelik sikit kecuali bila aku dah behtol behtol sure benda tu sedap, baru aku beli. Kalau sebab nak rasa je, saje suka suka je, I would prefer to be on the safe side. If tak sedap, kompem aku campak je makanan tu. Kan membazir tu. Membazir kawan syaitan bang. (macamlah makan pinggan aku selalu licin. tott)

Jadi, to be on the safe side semalam, aku beli air yang memang aku dah kenal, which is, RIBENA. I wanted to buy soya actually but then considering the fact that I'm fasting, by the time I've finished my soya, I am soo not gonna eat my nasik anymore. Jangan pilih air bersusu aqilah, pesan mak suatu ketika dahulu. Wah klasik sungguh bukan? Ok takde kaitan


Kat gerai tu, besar besar tahu tak dia tulis RIBENA. Kire air ribena lah kan. Aku ni memang kanan-kanak ribena pun. Memang air aku lah tu epp takpayahla dengki. Takpayahlaa. Siap kat atas tong tu dia letak display botol Ribena yang segedabak alam tu. Tapi sebenarnya, aku dah dapat vision tau (cehhh, tiba-tiba jadi Alice Cullen dapat vision) bahawasanya tu bukan air Ribena seperti yang diwar warkan oleh peniaga itu. Aku macam, alah, ni mesti air anggur biasa. Yang kaler ungu tu. Yang jenama Double Lion nenek aku selalu guna buat aiskrim malaysia untuk cucu dia yang comel comel ni (akulah tu). Tapi tak kesahlah, aku beli je. Mana-mana pun aku takde hal. Asal lepas dahaga aku sudah.


Balik-balik, time buka, semangatlah nak minum air Ribena kan. And JENG JENG JENG, SAH! SAHHHHHHHH, AKU ADA VISION CAM ALICE CULLEN. Memang bukan air Ribena. Air anggur yang lebih tang warna tu je. Aku takdelah terkejut mana kan. Well, Aqilah Cullen kan. Dah tau lebih dulu.


See, sedih kan macam ni. Orang Melayu tu. Meniaga nak menipu je. Nak untung lebih. Kan elok kalau cakap air anggur je. Tulis situ Ribena, siap letak botol Ribena paling besar, siap dengan isi lagi yang aku yakin kordial anggur tu je. Bukan real Ribena. Yelah, mahal kan Ribena. Aku pahamlah tu. TAPI TAKBOLEH KE KALAU TAK MENIPU? Kan dah free free dosa kau dapat. Every week kau meniaga macam tu, every week jugaklah kau menipu orang ramai yang membeli dengan harapan air tu air yang memang diorang nak, and every week jugak kau dapat untung dari menipu tu. Halal ke bang, kak? Halal ke saya tanya sikit? Kau makan duit tu, kau sara anak bini kau, keluarga kau lagi. Guna duit hasil penipuan. Benda kecik, memang nampak kecik. Takpayah besar-besarkan pun sebenarnya. Tapi entahlah, aku rasa sedih sebab orang Melayu kita sendiri macam ni. Berniaga ni profesion yang murni. Rasulullah sendiri pun berniaga dulu. Betul tak?


Tu belum lagi yang berniaga bukak kedai makan, pastu guna segala bomoh Siam, bomoh Indon bomoh Lombok tah mana-mana bomoh lah kau sebat, tanam tangkal, tanam benda tu benda ni, semata mata nak bagi kedai korang laku ramai orang datang. Dan nak lingkupkan bisnes orang lain sebab korang memang tak boleh terima hakikat dalam dunia ni persaingan adalah perkara biasa, lumrah alam.


Orang Melayu jugak yang biasa buat tu. Orang melayu. Beragama Islam lagi.


Taktaulah nak kata apa. Tepuk dada, tanya iman.


Friday, May 21, 2010

Meet The Loser Aqilah.


Haritu roommate aku Dilla cakap :

'Ok, kita hantar kat lecturer guna soft copy ok?'

And aku yang tengah sebok melayan Gossip Girl, aku tanyalah.

'Soft copy tu ape?' (LOSER LOSER!)

Yana and Dilla serentak gelak. Ok aku terasa soooo last year disitu. Sebab soft copy pun taktau. Wahaahaha.

Dilla pun terangkan lah kat aku soft copy tu macamane. Ohhh, baru aku tahu. Patu aku macam ala sedehnye yeke aku sorang je taktau soft copy tu hamende. So aku pergi bilik Pijie nak mengadu pasal Yana and Dilla keji gelakkan aku. Finelaa korangggg. Aku pun mengadu kat Pijie.

'Pijie tengok Yana ngan Dilla gelakkan I sebab taktau soft copy tu ape'


DIA PUN SAMA GELAK KAN JUGAK -_-" FINE PIJIE, FINEEEE!



Cerita kat Abe Nah, LAGILAH KENE GELAK AND GELENG KEPALA. Aih, obviously I am sooo last year. Hahahahahaha.


Epp tapi sekarang aku dah tau ehh soft copy tu apa. Soft copy tu data-data yang kita simpan dalam pendrive and all. Haa, jangan memain, dah terer ni. Hahaha


BAEKLAH SAYA MEMANG LOSER DAN SOO LAST YEAR T_T


Monday, May 17, 2010

Hikayat Kotak Cendana Pantai Berpuri.


Tersebutlah kisah, di dalam sebuah negeri yang agak tandus dan kekeringan kasih sayang dan glemer dengan nama Ipabarada, terdapatlah sebuah kotak empat segi yang mampu membawa manusia naik dari tingkat bawah ke tingkat atas dan begitu juga sebaliknya hanya dengan menggunakan kuasa picitan butang. Kotak ini diberi nama LIF.

Adapun kotak yang canggih ini, pada hemat si penulis, beliau sudah berusia bertahun tahun lamanya, melihatkan banyaknya sawang dan habuk di bahagian atas serta keadaan lampunya yang hidup segan mati tak mahu. Namun beliau masih gagah bergerak menjalankan tanggungjawabnya demi memastikan kegembiraan penduduk bandar Blokoragaga Enam. Penduduk Blokoragaga Enam ni sumenye dahlah pemalas hendak mendaki Gunung Tangga. Mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang diwar-warkan oleh TV1. Malaysia Cergas, Yeahhhhh. Yaa, itu dia slogan yang selalu dipasang di TV1 dan TV2. Terima kasih penaja kami di atas iklan tadi.



Arakian, baru-baru ini, kotak yang diberi nama lif ini seperti menghidap penyakit kronik khas untuk golongan kurang muda iaitu penyakit Alzheimer. Beliau seperti sudah hilang ingatan dan tidak mampu berfikir secara waras dan logik juga tidak berupaya membezakan angka-angka. Lantas (acehh) hal ini telah mengakibatkan masalah hati dan perasaan para penduduk Blokoragaga Enam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum perempuan.


Mari penulis mengupas lebih dalam lagi mengapa terbitnya masalah hati dan perasaan ini. Bukan calang-calang lif ni, bisa mengguris hati manusia baiii. Berat ni, berat betol masalah.

Penulis telah menggunapakai servis lif ini (hari-hari je guna, poyolah kau Aqilah) dan sebaik sahaja penulis yang ketika itu berseorang diri melangkah masuk kedalam lif tua itu, penanda untuk ke aras itu mencatatkan OVERLOAD. OVERLOAD WEH, OVERLOAD. AKU MANE BERAT PON HDHVDHSFVSHVDJEGVWVSGFVJSDHVDSVHDDHADHJA. Tapi lif itu tetap bergerak menghantar penulis ke destinasi. So tak apalah.


Hal ini berlarutan setiap hari, setiap masa. Naik dua orang pun overload. Hamboih kau lif, main kasar nampaaaaaak? Kalau aku takdelah terasa sangat pun. Sebab aku super-ringan. Kalau yang super-kurang-ringan?


Kalau esok ada keluar dalam suratkhabar pelajar mati akibat diet yang melampau lampau, cerita tu might be from here. OH WOW we're gonna be famous lahhhhhh! Tak sabar I.


Wednesday, May 12, 2010

Begitu Rupanya.



Bab 1 (oih, mencarut. ayok tatawu, bitau mak kite!)

Kat kelas tadi, bateri laptop aku kong lah pulak tengah sedap sedap aku mengkaji obesiti di Malaysia. Weh kau orang jangan main-main (muka serius) Aku sekarang ni tengah mengkaji kenapa orang Malaysia ni ramai kurang kurus. Tapi aku bukan nak cakap pasal obesiti ye you all sume, kang ramai boikot blog I, terase punye pasal. Ngaa, no offense. Then Nazreen yang terer komputer ni (dugaan betol duduk sebelah orang teror komputer sebab aku sangatlah buta IT. Heh) Dia kurangkan keterangan lampu screen laptop aku ni. So that takdelah banyak makan bateri kan. But still laptop aku mampos jugak. Tak dapat diselamatkan. Apela Nazreen, rescue datang lambat! Cani kalau rumah terbakar lama dah aku rentung. Adeh.


Balik kelas, aku online. Pastu macam tensyen apesal gelap sangat ni laptop. Aku dahlah mata empat ok, empat! Four, bak kata Justin Bieber. Jadiknye, aku telah memandaikan diri mencari butang butang berkenaan yang boleh terangkan balik screen ni. Aku nampaklah satu ni, yang macam bentuk matahari. Aku rasa betullah ni, lampulah ni. Matahari kan menyinari alam. Kalau ada matahari kan mesti hari siang, Kalau hari siang, mestilah terang kan? Tengok, aku sempat link link link link link (msteh,2010) Hahahhahaha. Yang aku tak puas hati aku tekan tekan, tak jadi pon? Tak terang pon? Macamane ni? Banyak kali dah aku cuba.


Aku pergi tanya Pijie.


Keyla : Pijie cane nak terangkan skrin lappy balek?
Pijie : U carik key ni, (tunjuk lambang matahari)
Keyla : Ha betullah yang ni! Tekan dengan ape?
Pijie : Tekan FN then button tu.
Keyla : Oh padanlah tak boleh. I tekan SHIFT.



Eh kenape kau gelak? Fineeeeeeeeeeeeee, fine. Taknak kawan.



Bab 2.

Semalam gi makan stik kat HR Steakhouse Kampung Baru. Bapaklah sedap weh. Nak lagi. Serius sedap. Harga memang gila berpatutan. Tak macam standard kedai western lain. So jangan lupa buat rombongan bawak orang kampung berbondong bondong datang makan okeh. Err, jangan tanya aku jalan nak pergi macamane. Aku tak pernah ingat jalan. Mahap. Nah, biarkan gambar yang bercakap, aku dah penat bercakap. Iye, aku menaip sambil menyebut ni tahu. Saje. Sebab semua orang tengah tidur petang aku rasa nak bercakap jugak sorang-sorang pun. Hahaha


waw, so scandalous. (ok muntah)

sekampung kami datang

diapit jejaka idaman malaya
hahhhahahahahah.

gossip girl here, you know you love me, xoxo

oh dah habis. jom balik. esok datang lagi.


Gambar makanan tak sempat snap sebab dapat je terus ngep. Wah it rhymes lahhh. Tepuk tepuk! Ok tiba-tiba aku rasa lapar. Bye semua I nak makan.