Friday, April 9, 2010

Alkisahnya..

Aku pergi masjid jamek petang tadi. Nak beli selendang nak beli macam-macam. Ceh, bunyi macam banyak duit jadi aku perlukan boyfriend baru yang kaya hahahaha Keluarlah dengan Ifa, Fairuz and Yana. Cuaca macam sepoi-sepoi bahasa. Eh, angin je kan yang sepoi-sepoi bahasa? Takpelah, hentam keromo sudah. Kira cuaca macam suam-suam kuku. Takdelah panas sangat, dan tak sejuk sangat jugak. Selesa.


Sampai kat masjid jamek kitorang pun mulakanlah misi dan visi mencari selendang yang berkenan di hati. Semata-mata untuk persembahan kitorang khamis depan. Waceh, semangat dol nak menyanyi eventhough suara macam katak bobot pun. Ada aku kesah? Haha. Yang penting ape kawan-kawan? Semangattttttttttttt. Yeah itu diaaaa, S-E-M-A-N-G-A-T


Ok sambung.


Hampir semua kedai jugaklah kitorang serang nak cari selendang ni. Tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati. Last-last end up kat satu kedai ni, yang aku rase abang promoter tu macam nak mengorat aku je beraircon, and gila murah siak tudung-tudung selendang die. So memilih. Membelek. Melihat. Memerhati. Mengskodeng abang tu. Eh. Sempat jugak. Hahaha.
Finally, yyyyayy! jumpa jugak the one. Aku dapat satu, Yana pun dapat satu. Tapi malangnya, kitorang stuck kat dalam kedai tu. Hujan lah pulaaaaaaaaaaaak. Adeh. Lebat gila pulak tu. Payung pun tak bawak. Takkan nak duduk kat kedai tu melopong je kan. Hujan pun macam tanak benti. So kitorang decide nak pergi Mydin seberang jalan, beli payung and Yana pun nak beli barang. Pergilaaaaah kan.


Kitorang pun dengan lagak atlet marathon berlari ahh redah hujan ni. Lantaklah basah pun. Bila lagi nak seksi kan. Bahahaha. Sampai kat Mydin kitorang pun belilah payung. Of courselah aku pilih paling murah kan. Takde makne aku nak beli payung 15 hengget. Mahal kot. Baek beli Mcd ke, Pizza ke (Ni memang standard. Mesti compare dengan makanan) Pastu dah siap beli barang and bayar semua, di luar pula hujan masih bercucuran tiada sebarang tanda ingin berhenti <--- hoo menanges Cikgu Arshad baca ayat gua


Aku pun semangatlah ni bukak payung baru nak guna kan. Dahlah cantik pulak tu payung I ni. Warna ungu, flower flower gitu. Sekali tengok macam aiskrim paddle pop pun ade. (tengok, makanan lagi) Yang Yana pulak beli buruk je. Gila plain. Kaler biru je. Aku tengok pun takde selera. Payung aku lagi gojes habeslaa. Biasela weh, tengok tuanlah kan. Ehem. Kitorang pun meneruskan denai-denai liku liku perjalanan untuk pulang dengan menaiki LRT <--- itu dia sekali lagi Cikgu Arshad menanges baca ayat aku. Hahahaha

Aku macam pelik tibe-tibe tau, apesal ni air menitik nitik kat tudung aku ni. Macam ehh, apekah yang terjadi? Apa? Apa? Rupe-rupenye kau tahu Senah? Payung aku bocor! I repeat, PAYUNG AKU BOCOR. Cekodokkkkkkkkkkkk. Baru beli ni weih. Baru ok! Baru! Heh, bengang gua lu orang tau. Guna payung tapi basah jugak. Apela naseb. Aku yang dekat belakang ni panggillah Yana kan. (agak kuat sebab hujan kan bising. ala tapi aku kalau cakap biasa pun kuat kot. kahkah)


Keyla comel : Yana, payung aku bocor dohhhhhh

Yana : Yeke? AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Hamek kau, die gelakkan aku. Gelak besar plak tu. OK fine Yana. Fine! Sampai takat ni je kite kawan. Ngahaha.



Moral of the story is, jangan tengok barang tu atas dasar kecantikan semata-mata. It will be best if kita nilai dia dari ketahanan, dalaman dan bukan paras rupa semata-mata. Konsep dia sama je, apply to barang as well as to manusia. Just please don't judge a book by its cover. Doesn't mean cantik kat luar, kat dalam pun lawa. Kadang-kadang lawa di luar, tapi di dalam amboi, Tuhan saja yang tahu camne buruknya. And tak semestinya jugak buruk rupa paras zahiriah, batiniah die pun buruk. Might be batiniah die adalah indah seindah-indahnya. Lebih indah dari biasa. Yang penting think, before you throw. Oh, let's recycle.

3 comments:

Hadzwani Hasni said...

abes ko buat ape ngn payung bocor ko,cite tak abes weh.cite la smpi habes.

Fyruzs Zumangga said...

i want more! i want more!!! hahahahah..

haktuih

kupaslaroren said...

tu lar beli lagi kat mydin keh keh keh ;p