Saturday, April 17, 2010

Who Are You Mr X?


Semalam on the way balik, aku taktau apesal tapi aku mengantuk tahap tapir. Seriously aku mengantuk sampai tersenggok-senggok dalam komuter. Ok tipulah taktau apesal mengantuk. Pukul 5 lebih kot aku balik. Memang masa tidur Aqilah. The typical aqilah punya masa tidur. Manelah tak mengantuk kan. Huwawa. Lagi satu tipikal Aqilah, aku dah sampai KL Sentral baru aku teringat aku tertinggal surat reduction untuk buat passport. Addoiiii. Terpaksalah balek amek. Terpaksa weyyy. Patah balik naek LRT, and then menapak. Aih, cobaan cobaan. Dahlah time aku tersedar tu (dalam lrt tengah duduk) tiba-tiba otak aku macam bagi signal 'TING! KAU TERTINGGAL SURAT TU, NENEKK' Pastu tindakan refleks aku adalah 'SHITTTTTTT, TERTINGGAL' Dahlah aku sebut kuat-kuat lu orang tahuu. Orang-orang dekat aku semua pandang. Eh alamak, terkuat la pulak. Bahahaha


So bertambah-tambahlah kepenatan aku kan. Tupon nasib baik lah baru sampai KL Sentral. Buatnya kalau dah sampai rumah baru aku teringat? Kompem kuliah dengan Pakcik Hamid sepanjang weekend berlangsung. Kompem.


Dalam komuter pulak aku tak dapat duduk. Berdiri laaaah kan. Sampai Kajang baru dapat duduk. Aku pun bila dah dapat duduk, and then dengan aircon yang sujuk, selesa ah, mata pun dan-dan melayaaaan. Aku pun melayaaaaan. Tidurlah abeh senggok-senggok aku peduli hape kan. Aku rasa macam lama jugak aku lelap. Bukak-bukak mata, orang depan aku senyum-senyum pandang aku. Macam ketawakan aku yang tengah tidur neh. Ceh. Taula aku selebet kan. Fineeeeeeeee. Seganlah jugak. Tapi since aku tak kenal dia, lantaklah kan. Jumpa sekali je, takde hal ah. (ayat sedap hati. ngaa)


Sampai Terminal One, aku pun pergi solat asar dulu. InsyaAllah dengan semayang, segarlah sikit kan. Huuuuuuuuuuuuu <--- ape motifkah? Haha. Habis semayang semua, aku pun dah beli tiket nak balik Jompul, so beraturlah kan nak naik bas. Orang agak ramai jugaklah semalam nak balik. Tapi aku tak heran, sebab aku ada skill merempuh bas. Jangan maen-maen, hebat kottt. Orang kecik comel kan. Menyelit tu memang bidang aku ah. Tapi malangya aku macam takde mood semalam, so malas la pulak nak show opp skill aku tu. Aku pun beratur jelah, seraya menyahut seruan kerajaan menjadi warga Malaysia yang berbudi bahasa, bersopan santun, bertatasusila. Ehem.



Tiba-tiba, orang kat sebelah aku ni cakap 'ehhhhhhh'. Aku yang tengah syok tenung bas (tah ape aku tenung aku pun taktau) pun menoleh ke arah datangnye bunyi 'ehhhh' ni. Sekali korang tau sape? Cube teka sape?


IYAAA, TEPAT SEKALI. LAKI YANG GELAKKAN AKU KAT DALAM KOMUTER TADI OK!



Itik betullaaa. Kenapelaaa mesti Mr X ni yang aku nampak LAGII? Aku pun terus 'Eh awak lagi! Awak ikot saye pergi mane2 eh? Awak nak ape dari saye? Gile stalker!' kataku dalam hati. Haha, macamlah aku berani sangat nak cakap depan-depan. Wakaka. So Mr X ni pun macam tetibe nak beramah mesra dengan aku. Tanya aku nak balik mana, rumah kat mana, Belajar kat KL ke? Aku macam malas nak layan. First, sebab malu. Second, sebab dia tak hensem so aku tak berminat nak menggedik. Bahaha


But dia nice (kot). Time tengah ramai berpusu-pusu berasak-asak nak naik bas, dia cakap,

Mr. X : Sini, sini. Awak berdiri depan saya ni. Boleh naik cepat.
Aku : Oh okay.


Bila dalam bas, dia macam pandang-pandang aku. Aku rasa dia nak duduk sebelah aku. Kompem. Kompemmm dia nak duduk sebelah aku. Tau sangat. Nasib baik lah ada orang lain depan aku dalam bas. Tempat duduk dah penuh, sekali lagi aku terpaksa berdiri. Kalau berdiri dengan dia kang berlanggar-langgar pulak. Tak kuasa lah I. Tapi kalau dia hensem, aku takde hal je ahahaha ok gatal



Dan aku sempat lagi lelap eventho tengah berdiri pun. Memang aku tak pikir laenlah, nak katil je semalam. Tak sabar gila nak sampai. Rumah sikit punya dekaaaaat. Mak, cepatlah pindaah jommm :( Aku macam in a state of antara sedar and tak sedar lah kan. Bukak-bukak mata je, Mr. X tu tengah pandang aku lagi! Senyum-senyum lagi! And siap geleng kepala lak tu! Ish, kenapa bila aku tidurlah dia nak pandang. Aku tidur je dia pandang, Aku pandang je dia tidur. Aku pun decide nak tulis note kat dia. And it reads ;


Dear Mr X (saya taktau nama awak, X pon okelah kan.)


Mr X, saya tahu awak baik, tapi saya harap saya tak terserempak lagi dengan awak lepas ni. Setakat ini sahajalah jodoh kita. Saya harap awak faham.


Timekaseh.


Ikhlas,
Ms S (stands for sleepy. haha)


Aku pun bagi kat dia note yang aku dah tulis tu. Aku harap dia faham lepas baca luahan hati dan rasa aku. Aku taknak dia berharap dan terus menanti. Maafkan saya Mr X. Cinta pandang pertama tidak selalunya berjaya.



Hahahahahahahaha korang percaya ke aku tulis note tu?


Pergh, gila jugak aku ni berimaginasi. Ahahaha.


1 comment:

Hadzwani Hasni said...

imaginasi dan kreativiti adalah asset terbesar sebuah negara.hahaaha