Friday, June 25, 2010

Tiba Tiba Aqilah Demam Bola.


Cuti nak habis dah.


MACAMANE AKU NAK TENGOK BOLA NI WEHHHH? SAPE NAK TEMAN AKU GI MAMAK DUA TIGA PAGI HOII?


T____T




Sedih. Nak tengok Abang Messi kesayangan.


Love,

Thursday, June 24, 2010

Cayalah!


Serius rasa nak muntah isi borang banyak-banyak. Isik benda sama tiga empat salinan. Pffftttt. Tapi takpelah, sebab nak jumpa abang Messi punya pasal, kenalah berkorban kan. Aitceh. Abang Messi woot woot


Hah, perasanlah tu. *jelir lidah*



Lepas tu harini Aqilah masak. As usual bangun awal. Awal dalam kurungan, sudah tentu. Bangun terus mandi lepastu ready ready nak masak. Sebab aku lapar gila, so kenalah masak. Cho tak masak (saje je ni nak suruh aku masak. Fine.) Eh beghape banyak word masak daa. Korek korek peti ais tejumpa bayam ungu tu. So aku pun ada idea TINGGGGGGGGGG, masak sayur bayam masak lemak. Favourite ohhhh!


Boleh pulak aku lupa macamane nak perah santan. Bahahahaha. So mintak tolong Cho lah kan. Dia memang bibik kat rumah pun, apelagi kamu setelkan santan. Bak kakcik nak masak.


Pastu cambest pulak kalau ada sambal belacan kan? Perhh layan gila kau. Sayur lemak dengan sambal belacan. Tambah ikan goreng. Makan panas-panas. Dengan air Ribena Cho buat. Memang selera abis makan tadi. Lauk simple je tapi ada sambal belacan Aqilah yang gila kawwwww meleleh air mata makan. Pedas amat. Ada berani?



Aku punya semangat nak showwy offyy kat blog apa aku masak sekali kamera kesayangan buat hal. Mengada ngada punya kamera. Sajalah tu nak sabotaj. Nak poyo sikit pun takboleh. Eeeee! Handphone aku ada astro je, almaklumlah handphone mahal. LOL


Eppp handphone aku ada flashlight ok! Jangan main main!



Haha.


ps. Happy Birthday Abang Messi! REAL Abang Messi ok. :P


Wednesday, June 23, 2010

Tolonglah Jangan Kacau Aku Lagi!

Geram. Boleh pulak tengah sedap sedap aku minum air susu panas sambil webcaming dengan kesayangan ada seekor i don't know what the heck it is macam adik beradik moth kot. Tapi kecik lah, takdelah yang gedabak alam tu. Dia masuk dalam air aku! Bahabeeeees. (sopan lagi kan? haha)


Dia masuk lepas tu terus air susu yang putih suci murni tu jadi kelabu sebab sayap die pecah pecah. Bengong.


Aku sangatlah bengang sebab tak sampai separuh pun lagi I minum air favourite I tu tau xcnvsdfhjhfbfhwbefhjablweb nbd fsdfbsfnbsdnfbsmnfbsd



Nasib baik orang tu cakap aku emo pun tetap comel. Eheh heh ehehhehhehe sukenye.



EH APESAL? CEMBURULAH TU ahahahahaha

Saturday, June 19, 2010

If.


If you love me, let me know.
If not, please gently let me go.


eh takde kaitan antara hidup dengan mati. sumpah takde.
aku saja nak letak cambest pulak quote ni. haha


:)

Thursday, June 17, 2010

Penangan Blog Hopping.

Oh baru lepas blog hopping. Penatnyaaaaaaaaaaaa hopping hopping hop hop. Aku dah lama tak blog hopping sebab aku malas nak baca blog orang dah sekarang ni. Dulu time zaman cuti SPM yang lama gila nak mampos tu blog hopping ni memang hobi aku lah. Best kot jadi stalker dehehehehehe. Sekarang aku bukak blog mereka yang istimewa je. Siapakah? Haha entah no comment


Aku bukak blog kawan-kawan rapat aku je pon tadi. Yang sama sama partner in crime aku zaman sekolah dulu. Ahh celake, aku rindu korang doh. Seee seee, korang buat aku teringat balek zaman muda dulu (macamlah tua sangat sekarang) Tengok blog korang buat aku merindu rindu serindu rinduuunyaaaaa. Terus aku follow blog korang. Sorrylah weh, baru nak follow. Aku memang dah bersara sikit dari dunia blog ni. Dulu semangat ah nak update. Tak caya tengok blog lama aku. Post banyak, and my profile aku pon dah beratus orang view. Eh tak sangka famous jugak aku dulu tihihihihiiihihi


suka hangout ngan makcik makcik gila ni. haha

Sekarang blog ni jadi tempat aku bermanja manja je kot. Cehcehhhh Ok muntah. Oh by the way, tomorrow is the big day for someone who is soooo dear to me. Haa surprise surpriseeeee, siapakah? TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU. I am sooo gonna write something special for you sayangggg. Yang sampai buat kau menangis air mata darah. Kau tak menanges keluar air mata darah, SIAP. Aku ugut serious ni, serious. Serious aku serious ni. Serious ni aku ugut ni. Ngahah


Aku semangat nak letak gambar gambar sebab internet laju. Ahh sukelah hati nak letak gambar punnnnn.

WANTED! AKU RINDU DIORANG SUNGGUH SUNGGUH.

Ni still tak cukup korum lagi ni. Takde Amie, Fieq, Fiza, Mui. Kalau satu hari dapat gather balek, memang aku nak tidur dengan korang sambil pelok ketat ketat hahahahahahaah.


Ada sapa sapa teringin nak join?



Tuesday, June 15, 2010

Telinga Pun Nak Bergaya Jugak. Bagi Can.


alamak macam seksi la pulak gambar ni.


Aku tak paham kenapa orang suka tindik banyak-banyak. Tindik kat telinga sampai tiga empat lubang. Tak cukup kat telinga, kat hidung. Tak cukup kat hidung, pusat pun nak jugak. Ok, daring sikit, lidah pun ada jugak orang tindik. Dahsyatnyee. I wonder how diorang makan dengan bendaalah tu ada kat lidah. Tak menggangu ke contoh kau bayanglah makan sate? Macamane nak gigit sate tu bila lidah ada benda asing? Aneh aneh betul. Macam-macam jenis orang. Dahlah azab bila bertindik ni. Aku benci menindik sebab aku rasa SAKIT. SAKIT AMAT.

hodohnya orang ni tindik banyak-banyak!

Meh sini aku nak story kat korang semua. Dulu time darjah empat aku dah tindik sekali. Sakit dia macam semut je, tapi aku tak kira! Seksa jugak sebab kena pantang lah, kebas lah, bencilah benci. Lepas tu ada satu masa ni aku tak pakai subang agak lama, so tertutuplah lubang tu dengan sendirinya. Sampailah satu pagi yang tenang dan hening, nenek aku nak kejut bangun pagi. Tiba-tiba dia ternampak aku tak pakai subang. Terus dia tanya ;


Nenek : Dima galinya kawu Ilah?
Si cucu : Dah takde nek, lubang dah tutup. Lame dah.


Oh lupa, nenek I minang. Minang Indoneshia yah. Bukan Minangkobau Nogori. Oi tapi warganegara Malaysia okeh jangan nak buat spekulasi aku Indon oh lemaklahhh. Eh teremo. Normal balik. So meh aku translate kan hamende nenek aku mencarut cakap tu.


Nenek : Mana subang kamu Ilah?
Si cucu : Dah takde nek, lubang dah tutup. Lame dah.


Hahh kau orang tahuu petang tu jugak dia bawak aku pergi kedai emas seberang jalan semata mata nak tindik balik. Gila semangat nenek aku. Dia taktahu aku lemah betol tindik ni cukuplah sekali azab aku dulu. Sekali kena lagi. Aih, apelah nasib. Padanmuka aku jugak sape suruh biarkan tak berpenghuni telinga. Tapi best jugaklah dapat subang emas. Aku pilih bentuk love tak silap aku. Selalunya beli bentuk ring tapi tiba tiba I rasa nak tukar angin kannn. I beli bentuk love.

Tapi sekarang sumpah aku tak ingat mana aku letak subang tu. Subang ring emas aku pun dah hilang kemane. Alah menyesal tak jaga. Kalau ada bolehlah gadai. Ish ish nilah cucu zaman sekarang. Nenek belikan penat-penat, tak hargai! Sekarang aku pakai subang silver je. Silver terpilih lah jugak sebab telinga I mengada ngada kalau barang murah ni.



Heh, banyak songeh eh kau telinga.


Yang pastinya aku tak suka menindik. Sakitlah hoii. Kebal betul orang yang tindik melampau lampau. Aku tindik satu pun alahai dah lembik. Disini saya nak ingatkan mereka mereka yang tak pernah lagi bertindik, please, think twice ok, TWICE. Haha. Haa Hadzwani Hasni jangan mengada ngada nak tindik. Buruk ok lelaki bertindik. Macam lelaki gasang.

Grrr, jangan I kate!


Ok itu sajeh dari saya, terimalah gambar penutup untuk hari ini

kerana ku rindu kau Jacob Jim. Hehe.

Ok gambar takde kaitan. Tapi lantaklah aku saja nak letak yihihi. Bye

Thursday, June 10, 2010

Sang Burung.


Tengah aku sedap melayan lagu Lady Gaga tadi, tiba-tiba ada seekor burung terbang masuk bilik aku. Burung weh, BURUNG. Tiba jek. Celah mana tah dia datang. Aneh aneh betul. Dahlah terbang tak tentu arah. Aku rasa dia nak kembali ke pangkal jalan ataupun bahasa melayunya, nak cari jalan keluar, tapi tak jumpa. Hem, kesian kau burung. Tapi kenapa aku rase kau mengade? Penat aku bukak tingkap luas luas suruh ko berambus tapi kau buat buat tak nampak yeee



Lepas tu aku pergi mandi. Lepas mandi mestilah bersiap berdandan kan. Read : pakai bajulah, bijak. Haha . Tiba aku teringat kat burung tu. Macam, eh mana dia eh. Pandang pandang, tengok dia duduk senyap senyap kat kaca atas pintu bilik aku, diam bertafakur (kot) Aku pun dari jauh aku jerit, OI SKODENG! OIIIII. OIII TAKMALUUUU! Patu aku pergi kat dia. Dia bergerak! Dia terbang. Ceh, gediklah burung ni. Skodeng aku eh eh, konghasem


Dalam pukul 1 pagi tadi, adik aku bagitahu aku,

Cho : Kilah (nama manja I, woot woot) burung yang tadi Kilah bising dia masuk bilik tu, dah mati!
Kilah (hahaha) : Yekeeee? Apesal pulak mati? Lemas ape?
Cho : Tak, dia terlanggar kipas yang berpusing. Pastu jatuh. Cho tengok dah mati.
Kilah : Aww, really? Kesiannye dia. (suara sedih habis doh, tak tipu)



Rest in peace lah ye wahai burung. Maafkan Aqilah sedikit kasar denganmu tadi. Ahh I feel bad lah. Tetibe.

Wednesday, June 9, 2010

One Of A Kind And Limited Edition.


Tadi kan, ada orang tu suruh buat post pasal dia. So since I terasa nak blogging tapi I taktau nak cerita pasal apa (pardon me, my brain is clogged and black out, thanks to mr holiday) So OK lah sayangness. I buat post pasal you!

Jeng jeng jeng. Bet everyone tertanya tanya who is this jejaka tampan to Aqilah Hamid. Jejaka tampan? OK GELAK GULENG GULENG. HAHAHAHAHA :P :P

Meet Muhammad Hadzwani Mohd Hasni. And Nur 'Aqilah Abdul Hamid. Ceh, macam nak ajak jemputan kahwin pulak. Jemputan ke walimatulurus kedua pasangan mempelai eh EH EHH. Belom lagiiiii. Not so fast Mojo Jojo!

itu dia pasangan mempelam. mempelai nantilah yihihiiihhiihi

Yelah, aku jujurlah kan, taknak semua orang berteka teki tertanya tanya (susahla jadi famous ni, mamarazzi paparazzi everywhere hahahaha perasan) Hadzwani dan Aqilah hanya berkawan. Berkawan rapat. Well memang dari dulu lagi kot kitorang BFF kan kan kan Hajewani?


dua dua suka camwhore! Geng ahh, sep sep!

Aku suka melepak dengan Wani. Sebab dia ni gila. Haha. Memang lupalah sedih-sedih. Aku boleh cerita semuaaaaaaaaa benda dengan orang tua ni. Boleh gelak kuat tak ingat. Nak kutuk kutuk gosip gosip, memang best dengan dia ni. Waaa I lap yu so strong lah Waniiii. Lepak ngan dia nak tempat mahal je. Starbucks weh, mana main mamak mamak, kedai-kedai tepi jalan ni. Aku orang kampuang je, tak biasalah kan Stabak mende ni. Aku lepak Kedai Upin Lui Barat je. Eh tu bukan kedai runcit ke? Ahh belasahh


comel kan kitorang dua. timekaseh timekaseh.

Actually dulu, kitorang ni sebenarnya musuh. Like seriesly musuh kot. Manjang gadoh je. Aku tak boleh betol nampak dia ni. Rase nak belasah-belasah je tulang belikat dia (hyperbola) Senang cakap aku pantanglah, memang tak senang nampak dia ni. Dia pulak memang kaki kutuk jadi sah-sahlah aku selalu jadi figura kutukan dia. Eleh, ko kutuk kutuk aku sebenarnya ko suka aku kan. Frustlah tu tak dapat aku dulu wahaha wek wek wek

Nak cerita pasal kitorang macamane baik and all memang sampai bila lah tak habis. Nanti tunggu je lah aku buat novel. Korang beli pastu duduk kat tepi sudut tu baca diam diam.

bak kata hajewani, stay present and away present. HIHIHI

aku jugaklah peneman shopping dia. ceceh


Before dia terbang, aku sedih tahu. Sedih. Sebab dia nak pergi jauh, aku takut aku hilang dia, dia dah tak macam dulu, dia akan berubah, macammmm adelah orang tu. HAHA. But tengok, takde pon? OK je? Eventhough dia jauh aku tetap rasa dia dekat. Even lebih dekat than before. We can still share stories, problems, he can be the shoulder to cry on and penasihat kanan aku. You know, dengan segala falsafah-falsafah dia - 6 thinking hats and stuff (haha, remember?) I owe him a lot dohhh. A lot. Thanks Mr Bestie.


And who knows soon he would be Mr Boyfriend Aqilah? Haa itu yang kita taktahu.


p/s : Aku sayang kau weh, sayang gila! :)


Sunday, June 6, 2010

Home Heaven.


Dalam family, aku adalah anak yang ketiga dari lima orang adik beradik. Dan akulah yang paling bertuah sebab aku merasa ada semua. Ada kakak, abang, adik perempuan juga adik lelaki. Bertuah kan I? You all ada ke? Takdeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Haha gila poyo. Aku memang annoying pun semua orang tahu. Haha


Semalam pergi kenduri, aku tengah sebok sebok nak cari tempat duduk. Aku nak duduk sebelah abah aku kan. Abah aku pulak duduk sebelah kawan dia, yang aku tak kenal lah siapa pakcik itu.

Pakcik tu tiba tiba cakap camni :


Pakcik tu : Oh, ni anak bongsu ke? (sambil tunjuk kat aku)
Abah aku : Tak, yang ni yang ketiga.


HAHA SUKANYA HAKUUUUU, AKU ANAK BONGSU TU, WOOT WOOT.


Aku pun terus jeling Cho (adek bawah aku) Dia buat muka menyampah. Biaselah, orang jeles memang camtu. Wakaka.

Benda ni selalu je jadi. Orang selalu mistaken aku yang paling kecik, paling bongsu. Terasa comel disitu tihihihihihi. Aqilah, diam. Kalau pergi shopping pun auntie-auntie promoter mesti ingat aku adik, yang Cho tu kakak aku. HIHIHIHIHI comel betul I ni.


Pangggg, lempang diri sendiri.


Hapepunnn, memang aku paling kecik pun dalam family. Fakta kan. Nak buat cemane. Adik aku yang bongsu tu lagilah. Kalau dia ada mesti macam abang. Dahlah tinggi! Besar! Kuat makan! Mengade ngade! Haha tak puas hati dengan adik sendiri.

Pernah sekali kan, Ipan (name manje die. eee haktuih) ni debik belakang aku. Perh, seminggu aku kesengalan. Bengkak ok. Merah belakang aku. Tangan dia dahlah besar gajah! Debik aku yang macam semut ni. Cekodok betul. Tapi salah aku jugak sape suruh carik pasal dengan dia. HAHA PADANMUKA KAU AQILAH.


Aku memang selalu tak puas hati dengan Ipan ni. Dulu zaman aku dok somap labu dulu, dia selalu kecoh aku bawak baju kotor balik rumah. Bawak beg besar-besar balik rumah. Selalu kutuk kutuk aku pemalas basuh bajulah apelah (memang malas pun, so whaaat?) Tapi sekarang semenjak dia masuk MRSM, dia lagi teruk ok, siap hangkot bakul-bakul sekali, dalam penuh dengan baju kotor. OI, ATLEAST AKAK BAWAK BEG JE OK. KAMU BAWAK BAKUL LAGI OVER! HEHHH, GEDIK.

Baru kamu tau erti duduk asrama. Baru 3 bulan dah kecoh asyik nak balik. Akak duduk 5 tahun rilek je? Haaa, see the leg ahh. Gua kuat ni baiii. Iron woman. Princess Aqeela Tamina. Hah tu semua aku.






alamak berimannye yang baju putih tu. jaga aurat gitu wkwakwakwakwk



adik beradik same senget.



Ahh bahagianya cuti. Boleh bangun lambat sesuka hati. Makan pun heaven. And to top it off, having a wonderful family back home. I love them to bits and pieces :)