Sunday, January 30, 2011

Hati.


memang, nak jaga hati orang memang susah kan?
kadang-kadang orang tak kesah pun hati kita.
takpelah, kita sedapkan hati.



and aqilah, berhati-hatilah.



luahan rasa,



Tuesday, January 25, 2011

Hikayat Esah dan Eton


Ok murid-murid, bagitau cikgu gambar apa kat bawah ni murid-murid? Bagus. Pandai anak murid cikgu ni. Mak bagi susu apa dulu? Ooo susu cap kantung Nespray rupanyaa.


ya rakan-rakan, ini adalah pembuka tin. atau orang utagha dok panggel, can opener.


Sekarang aku tengah merempat kat rumah kawan aku ni, Eton (nama di luar tabii kad pengenalan). Teman se-merempat aku namenye Esah (identiti wahsielaa. mak kite tak bagi bagitau) Alkisahnya malam ni Eton dengan Esah ni chef untuk dinner. So diorang pun sibuklah prepare menu terkemuka di seantero dunia absolutely boo-delicious : SARDIN AND TELUR DADAR.



Ye kitorang sengkek amat ni sekarang. Cepat lancarkan tabung derma kilat wahahhaha




Aku jadi tukang tunggu and tukang bau makanan. Masak sardin, takpayahla aku - merangkap masterchef (ehem) nak pantau kan. Tapi baru aku tau Esah dengan Eton ni tak reti guna can opener (rujuk gambar di atas, mukasurat 0.1)


Could you belieeeeeevvveeeee it? Ke actually ramai je lagi janda perempuan berhias kat luar sane yang tak reti guna benda alah ni? Put your hands up in the sky let me see! Haha



I mean, seriously? Can opener? Like, seriously?




OK Aqilah Ooo-kay. Please don't be so dramatic.




BUT THEN AGAIN, reaaaaaaalllllllyyyyyy? HAHAHAHHAHAHA



Sudahlah, penat aku gelak golek golek hahhahahahhahahahahahahhahaha adoilah Esah and Eton



P.S - Meh sini aku nak bagi petua sardin sedap. Taruk minyak bijan sebakul. Rasa sardin anda paaaassstttiiiiiii malaattoopp! Selamat mencuba tetuan pepuan dirumah yee BAHAHHAHAHAHAHA



amazingly yeah, i know how to use the can opener.

Monday, January 24, 2011

Rumah Impiana Anjung Seri


Sebelum aku melompat terkinja, aku nak baca bismillah dulu.



Bismillahirrahmanirrahim..



YAAAAAAAAAAAAYYYYYY DAH BOLEH PINDAH RUMAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHH! SUKENYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE! HAUYEH HAUUYEEEHHH



Alhamdulillah, the magic word.





Jadi hari ini secara rasminya, bermulalah pencarian rumah baru yang ber-wallpaper bunga bunga. Ye, aku nak wallpaper bunga bunga. Macam ni :




*google google*






REAAAADDDDYYY?









tadaaa! meriah kau tahu kalau rumah ade wallpaper cenggini. eee geram rasa nak cubit je



TAPI haaapedaa. Punyalah semangat aku google. Jumpa besar taik idong aku ni je. Halahhai. Takpe ah belasah je. Yang penting korang nampak apa yang aku nak. Nampak tak? Tak nampak sudahhhhhhhhh




jantungku berdegup kencang tatkala mataku bertentang susuk tubuhmu

very the gorgeous i loooiikkeee. hamek kau bunga dia sebesar alam. puas hati

pemilik rumah bijak bermain dengan warna pastel, mengadunnya menjadi warna harmoni. memberi ketenangan kepada mata yang memandang.


Hah kan aku dah cakap. Aku memang ada bakat jadi penulis majalah Anjung Seri takpun Impiana wahahahhahahahaa. Baek aku ready. Mane tau esok lusa editor majalah tu nak call. Hik. Eksaited lak ai *mekap mekap*


Sudah Aqilah. Perasan.


Oh baidewei, doa doakan ye aku dapat rumah yang agak besoooaaaaaarrrrr dan murah. Dan selesa. Dan ada perabot siap-siap. Dan dekat dengan unibersiti. Dan takpayah susah susah nak naek bas ulang alik. Dan dekat dengan town boleh hangout kat bar cuci mata skodeng mat peracih senang nak shopping.
Dan paling penting, ADA WALLPAPER BUNGA BUNGA!


Tak kira! Nak jugak! Naaaak jugaaak! Hentak kaki iyah iyaah iyyaah





Hell yeah I do love you, wallpaper bunga bunga.








Layan Je Lah..

Time aku tulis ni, Encik Rambut Pantene tengah sebok tengok cerita Bujang Lapok. Lepas tu semangat dok type sebijik sebijik dialog kat YM segala. Malas nak layan. So here I am, menganjing dia kat sini hahahahhahaa




OK honestly aku tak reti nak print screen neh. Hapehal besar taik gigi aku je nih? Korang klik sendirilah. Tak nampak gak, itu masalah korang hahahaha


Oh btw, nama tu kena lah undisclosed. Nanti korang sebok sebok pulak nak add Encik Rambut Pantene kat YM korang. Maanaaaaaa boleeeeeeeeehhh. Cari laenlaaaahhh. Carik ah korang punya Encik Rambut Follow Me ke, Encik Rambut Sunsilk ke, Encik Rambut Yun Nam Hair Care ke. Ehhhhh takde takde. Encik Rambut Pantene ni I yang punyaaaaaaaaa



Tak boleh blah sungguh


Loveeeee,

Saturday, January 22, 2011

Manjalara Manjakani


Aku ni jenis suka share problem dengan orang. Aku suka meluah. Tak suke simpan sorang sorang. Kalau dah cerita, baru rasa beban tu dah lepas. Kire macam dulu tu masalah aku, sekarang jadi masalah kau pulak. Padanmuka. Sape suruh dengar ahahhahaha


JADI alkisahnya semalam aku agak serabot sikit. Serabot sebab takde rumah. Dengan kelas nak start next week ehhhh serabot I nyah. OK FINE AKU MEMANG MANJA DAN MENGADA. Wanie rilek je, aku pulak lelebih. Tak weh bukan apa tau, aku kan jenis rajin study. Nanti macamane nak study kalau takde rumah? Sedihla aku cenggini.


*Hidung Pinokio pun keluar*


Oh aku tipu ke rupanya. Ingatkan betul dah ape aku cakap tadi. Haha


Thank God I ada someone ni yang memang sudi nak dengar I potpet potpet menyerabotkan hidop padahal bende tu tak serabot pon, tapi aku suka nak serabot serabot sampai aku pon naik serabot lepastu mulelah mengadu serabot pastu menyerabotkan orang laen yang dengar cerita serabot aku. Ayat aku memang serabot.


Terima kasih awak. Eventhough awak busy and cuak nak exam pun, awak tak kesah spend time untuk saya. Nanti saya letak gambar awak kat header blog saye eh eh? Gambar serunding je pun ok whaaaaaaat? Hahahaha





Encik Rambut Pantene dan Cik Merah Jambu.

Pasni I nak panggil you Encik Rambut Pantene lah. Nickname ekslusip untuk Soo Last Year neh. Ape? Tak suke? Ada I kesah? Cakecakecak cakk caak cakk



Love,







Thursday, January 20, 2011

Tragedi Januari.

Orang kata, malang tak berbau. Tapi aku rasa dalam cerita yang bakal aku nak cerita ni, malang kadang-kadang boleh jadi jugak berbau. Tak percaya? Percayalah.......


Walaweh pendahuluan guaa. Terangkat bhaai (riak seminit)


Ok let's get down to business. I busy ni, takde mase nak buang mase. Cerita dia bermula macamni. Tarikh dia 17 Januari 2011. Lebih kurang pukul 9 malam lah. Since aku baru balek from bercuti cuti Eropah kan, so memang malas kuasa mega elektron nak masak. Tetibe lapar. Macam biasa, taktik normal, buzz kat YM orang orang tertentu (yang selalunya rajin masak)

-Weh kau masak hape dinner?
-Tak masak pun. Makan cereal je.

Yang ni rejek. Tak selera tekak aku nak telan cereal. Come on aa, I need nasik dan lauk! (banyak songeh sendiri tanak masak)

Orang second aku buzz pulak jawab :
- Aku masak tomyam. Kau lapar ke? Nak datang ah rumah.

Haaa ni lah yang aku naaaaaaaakkkkkk. Ni lah contoh terbaik. Masak lauk, ade nasik pulak. Setakat cereal tu buat taik gigi je watpe. Haha

So aku pun melantaklah rumah kawan aku ni. Balek melantak tu, baru aku teringat nak basuh ayam yang baru beli kek kodai. Aku basuhlah kan. Tengah tengah basuh ni, aku cam terbau something. Macam bau asap. Tapi bau dia ala-ala bau colok tau. Aku pun buat taktau je lah. Dalam kepale otak aku, dah set, alah maybe budak cina semayang kot. Tapi setakat ni tak pernah lak aku perasan bau colok. First time lah kiranya ni. Ah lantokle. Sukela hati aku nak pikir gini


Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu. Aku buat taktau je lah. Teruskan basuh ayam. Bau makin kuat. Pandang kiri kanan, tapi tulah, taktau nak buat apa dengan bau yang aku bau ni. Kali kedua pintu aku diketuk. Kali ni lagi kuat. Aku memang terkejut habis ah. Tersentak kejap. Kuat, and orang tu jerit something. Aku pun dari dalam nyahut lah KENAPAAAA????!!!!Dengan jantung berdebar debar dup dap dup dap nih.

Aku terus capai tudung and sweater tidur mak aku bagi. Pakai tudung, bukak pintu, LORONG RUMAH AKU DAH PENUH DENGAN ASAP. Cuak. Nampak Nadia tengah blur kat pintu, sama macam aku jugaklah sebab orang ketuk pintu kuat kuat kan. Ifa pun. Well the thing is, dulu pernah time Halloween ada budak-budak datang ketuk rumah mintak sweets and biskut. We kinda take things for granted lah kan. Malas nak layan tah sape sape. Malam lagi. Tak koser nyah I nak layan. Semua orang macam blur dan cuak, by the time Abe Nah cakap API API baru semua orang terpaham. Baaaarulah kitorang sedar bahawa something's going on kat bangunan ni. Yeah, ada bilik/rumah/appartment (aku taktaulah nak panggil ape senanye) terbakar. Tak pikir laen, aku keluar je dengan baju tidur aku neh, stokin tak sempat pakai, ajak semua orang jom turun jom turun.

But before that aku terserempak dengan Wanie yang datang dari belah depan. Rumah dia bertentangan dengan rumah I tau tuan tuan puan puan, by the time dia bukak pintu rumah dia je, terus nampak asap tebal keluar. Aku macam eh, maybe rumah Wanie. Papehal turun dulu. Tak sempat pikir nak capai ape pon, laptop pun aku biar je terpasang. Kat bawah, semua orang dah berkumpul. Masing masing tertanya tanya 'what is happening?' Ceh, speaking. Ahahhaha. Asap macam dah tebal menghiasi awan. At last we decided to find the source of the smoke.


Dari belakang, kitorang nampak ade satu rumah dah berapi api oren. Lama gaklah tunggu bomba. Lembab jugak. Ingatkan cepatlah kat France ni. Haha. Macam tu lah cerita dia. Punca kebakaran tak diketahui. Sebab tuan punya rumah takde kat rumah kan. Syukurlah semua selamat. Takde kemalangan jiwa. Jiwa sedih tak ada rumah, ada lah kot sikit. Sedihlah doh. Memang rumah aku takde efek ape, but rumah Wanie ni precious sangat. Tempat kitorang kumpul makan ramai ramai. TNT. Sambut birthday Yana. Tempat aku nyemak bila boring. Tempat kitorang partaaayyyy dengan kengkawan CLA. Tempat gosip gosip. Sekarang semua hanya tinggal kenangan. So long dewan makan favourite :(

pusat dance pad besancon

abaikan budak yang bajet itu. aku nak fokus kat cermin tu senanye. its gone juge :(

dapur Wanie always bersih. tak macam dapur aku yang selalu adaslfkdajfrwelrkjwr (takleh sebut kuat kuat)

Mungkin ada hikmah kan di sebalik semua ni. Kita je taktahu. To Wanie, you are the strongest person I've ever met. Tabik springgggg ah. You know we're always there to help you, aite? Kegedikan kau tu penting dalam memastikan keturunan gedik dalam Cohort 4 tak luput ditenggelam zaman. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

dalam kenangan. tsk tsk

Kesimpulannya malang itu berbau jugak, bau colok lagi kau tau bedah oii



Love,

Monday, January 17, 2011

Pengus-mus-mans. I mean Pengumuman,

Aku nak start menulis baleklah. Since internet dah super laju sekarang. Barulah semangat kan nak menghapdate belog. And kesian jugaklah tengok korang rindu rindu aku menulis merapu hahhahahaha perasan.


Eh sukela hati.


Dengan ini, nantikan kemunculan entry entry tergempak dari aku. Perh, cakap nak besar aje. Habuk tarak. Ngaa


Ok bye nak beribadah.


Love,