Thursday, January 20, 2011

Tragedi Januari.

Orang kata, malang tak berbau. Tapi aku rasa dalam cerita yang bakal aku nak cerita ni, malang kadang-kadang boleh jadi jugak berbau. Tak percaya? Percayalah.......


Walaweh pendahuluan guaa. Terangkat bhaai (riak seminit)


Ok let's get down to business. I busy ni, takde mase nak buang mase. Cerita dia bermula macamni. Tarikh dia 17 Januari 2011. Lebih kurang pukul 9 malam lah. Since aku baru balek from bercuti cuti Eropah kan, so memang malas kuasa mega elektron nak masak. Tetibe lapar. Macam biasa, taktik normal, buzz kat YM orang orang tertentu (yang selalunya rajin masak)

-Weh kau masak hape dinner?
-Tak masak pun. Makan cereal je.

Yang ni rejek. Tak selera tekak aku nak telan cereal. Come on aa, I need nasik dan lauk! (banyak songeh sendiri tanak masak)

Orang second aku buzz pulak jawab :
- Aku masak tomyam. Kau lapar ke? Nak datang ah rumah.

Haaa ni lah yang aku naaaaaaaakkkkkk. Ni lah contoh terbaik. Masak lauk, ade nasik pulak. Setakat cereal tu buat taik gigi je watpe. Haha

So aku pun melantaklah rumah kawan aku ni. Balek melantak tu, baru aku teringat nak basuh ayam yang baru beli kek kodai. Aku basuhlah kan. Tengah tengah basuh ni, aku cam terbau something. Macam bau asap. Tapi bau dia ala-ala bau colok tau. Aku pun buat taktau je lah. Dalam kepale otak aku, dah set, alah maybe budak cina semayang kot. Tapi setakat ni tak pernah lak aku perasan bau colok. First time lah kiranya ni. Ah lantokle. Sukela hati aku nak pikir gini


Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu. Aku buat taktau je lah. Teruskan basuh ayam. Bau makin kuat. Pandang kiri kanan, tapi tulah, taktau nak buat apa dengan bau yang aku bau ni. Kali kedua pintu aku diketuk. Kali ni lagi kuat. Aku memang terkejut habis ah. Tersentak kejap. Kuat, and orang tu jerit something. Aku pun dari dalam nyahut lah KENAPAAAA????!!!!Dengan jantung berdebar debar dup dap dup dap nih.

Aku terus capai tudung and sweater tidur mak aku bagi. Pakai tudung, bukak pintu, LORONG RUMAH AKU DAH PENUH DENGAN ASAP. Cuak. Nampak Nadia tengah blur kat pintu, sama macam aku jugaklah sebab orang ketuk pintu kuat kuat kan. Ifa pun. Well the thing is, dulu pernah time Halloween ada budak-budak datang ketuk rumah mintak sweets and biskut. We kinda take things for granted lah kan. Malas nak layan tah sape sape. Malam lagi. Tak koser nyah I nak layan. Semua orang macam blur dan cuak, by the time Abe Nah cakap API API baru semua orang terpaham. Baaaarulah kitorang sedar bahawa something's going on kat bangunan ni. Yeah, ada bilik/rumah/appartment (aku taktaulah nak panggil ape senanye) terbakar. Tak pikir laen, aku keluar je dengan baju tidur aku neh, stokin tak sempat pakai, ajak semua orang jom turun jom turun.

But before that aku terserempak dengan Wanie yang datang dari belah depan. Rumah dia bertentangan dengan rumah I tau tuan tuan puan puan, by the time dia bukak pintu rumah dia je, terus nampak asap tebal keluar. Aku macam eh, maybe rumah Wanie. Papehal turun dulu. Tak sempat pikir nak capai ape pon, laptop pun aku biar je terpasang. Kat bawah, semua orang dah berkumpul. Masing masing tertanya tanya 'what is happening?' Ceh, speaking. Ahahhaha. Asap macam dah tebal menghiasi awan. At last we decided to find the source of the smoke.


Dari belakang, kitorang nampak ade satu rumah dah berapi api oren. Lama gaklah tunggu bomba. Lembab jugak. Ingatkan cepatlah kat France ni. Haha. Macam tu lah cerita dia. Punca kebakaran tak diketahui. Sebab tuan punya rumah takde kat rumah kan. Syukurlah semua selamat. Takde kemalangan jiwa. Jiwa sedih tak ada rumah, ada lah kot sikit. Sedihlah doh. Memang rumah aku takde efek ape, but rumah Wanie ni precious sangat. Tempat kitorang kumpul makan ramai ramai. TNT. Sambut birthday Yana. Tempat aku nyemak bila boring. Tempat kitorang partaaayyyy dengan kengkawan CLA. Tempat gosip gosip. Sekarang semua hanya tinggal kenangan. So long dewan makan favourite :(

pusat dance pad besancon

abaikan budak yang bajet itu. aku nak fokus kat cermin tu senanye. its gone juge :(

dapur Wanie always bersih. tak macam dapur aku yang selalu adaslfkdajfrwelrkjwr (takleh sebut kuat kuat)

Mungkin ada hikmah kan di sebalik semua ni. Kita je taktahu. To Wanie, you are the strongest person I've ever met. Tabik springgggg ah. You know we're always there to help you, aite? Kegedikan kau tu penting dalam memastikan keturunan gedik dalam Cohort 4 tak luput ditenggelam zaman. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

dalam kenangan. tsk tsk

Kesimpulannya malang itu berbau jugak, bau colok lagi kau tau bedah oii



Love,

2 comments:

Diyana Jasmin said...

keturunan kegedikan cohort 4? aku je yg modest n warak.aminnn...

kupaslaroren said...

dok umah tu sorang 1 ke kilah? pastu napa pulak xde rumah? rumah kilah pun terlibat lar?