Monday, May 17, 2010

Hikayat Kotak Cendana Pantai Berpuri.


Tersebutlah kisah, di dalam sebuah negeri yang agak tandus dan kekeringan kasih sayang dan glemer dengan nama Ipabarada, terdapatlah sebuah kotak empat segi yang mampu membawa manusia naik dari tingkat bawah ke tingkat atas dan begitu juga sebaliknya hanya dengan menggunakan kuasa picitan butang. Kotak ini diberi nama LIF.

Adapun kotak yang canggih ini, pada hemat si penulis, beliau sudah berusia bertahun tahun lamanya, melihatkan banyaknya sawang dan habuk di bahagian atas serta keadaan lampunya yang hidup segan mati tak mahu. Namun beliau masih gagah bergerak menjalankan tanggungjawabnya demi memastikan kegembiraan penduduk bandar Blokoragaga Enam. Penduduk Blokoragaga Enam ni sumenye dahlah pemalas hendak mendaki Gunung Tangga. Mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang diwar-warkan oleh TV1. Malaysia Cergas, Yeahhhhh. Yaa, itu dia slogan yang selalu dipasang di TV1 dan TV2. Terima kasih penaja kami di atas iklan tadi.



Arakian, baru-baru ini, kotak yang diberi nama lif ini seperti menghidap penyakit kronik khas untuk golongan kurang muda iaitu penyakit Alzheimer. Beliau seperti sudah hilang ingatan dan tidak mampu berfikir secara waras dan logik juga tidak berupaya membezakan angka-angka. Lantas (acehh) hal ini telah mengakibatkan masalah hati dan perasaan para penduduk Blokoragaga Enam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum perempuan.


Mari penulis mengupas lebih dalam lagi mengapa terbitnya masalah hati dan perasaan ini. Bukan calang-calang lif ni, bisa mengguris hati manusia baiii. Berat ni, berat betol masalah.

Penulis telah menggunapakai servis lif ini (hari-hari je guna, poyolah kau Aqilah) dan sebaik sahaja penulis yang ketika itu berseorang diri melangkah masuk kedalam lif tua itu, penanda untuk ke aras itu mencatatkan OVERLOAD. OVERLOAD WEH, OVERLOAD. AKU MANE BERAT PON HDHVDHSFVSHVDJEGVWVSGFVJSDHVDSVHDDHADHJA. Tapi lif itu tetap bergerak menghantar penulis ke destinasi. So tak apalah.


Hal ini berlarutan setiap hari, setiap masa. Naik dua orang pun overload. Hamboih kau lif, main kasar nampaaaaaak? Kalau aku takdelah terasa sangat pun. Sebab aku super-ringan. Kalau yang super-kurang-ringan?


Kalau esok ada keluar dalam suratkhabar pelajar mati akibat diet yang melampau lampau, cerita tu might be from here. OH WOW we're gonna be famous lahhhhhh! Tak sabar I.


2 comments:

Hadzwani Hasni said...

masalah lah lif ni. berat takleh. ringan pon takleh?

Keyla Perry said...

yeahh. lif alzheimer kan. hahaha