Wednesday, May 5, 2010
Oh, BTN ke?
Aku baru lepas habis BTN. Dah seminggu jugak lah. Woah woah, BTN aka kursus Biro Tatanegara (ada setengah taktau, takpe aku bagitau) memang best. Serius best, tak tipu. Bukan sahaja aktiviti dia menarik, pengisian dia yang bermanfaat, malahhhhhhhhhhh (eh panjangnya malah aku) dapat banyak kawan baru juga dapat skodeng lain jantina yang kacak kacak dan pandai pandai. Eh.
Astaga. Terpesong niat. Aqilah, behave. BEHAVEEE
Walaupun jadual sangat padat and kena bangun awal, gila nak mampos punya awal weh. First day aku bangun pukul 5.20 pagi okay. Lepas Dilla bangun. Dilla memang tak peliklah bangun awal. Dia memang selalu je bangun awal. Aku bangun lepas Dilla bangun kau orang tahu? Fairuz pun tak bangun lagi tiba aku dah bangun dulu. Semangat lak ai. Hahahahaha. Memang kecohlah semua orang sebab tengok aku bangun awal haritu. Hek eleh korang, keycohhhhhhhhh.
Cuba kira berapa banyak perkataan bangun? Ngaa
Kitorang banyak belajar pasal perlembagaan. And banyak cerita balek pasal sejarah Malaysia. But this time belajar sejarah secara matanglah. Dengan membuka minda luas-luas serta menghayati erti sejarah, erti kemerdekaan, pengorbanan para pejuang kita dahulu (ceh, ayat buku teks) Tapi betullah, I must say time BTN ni aku memandang sejarah dari sudut yang lain. Bukan macam dulu, belajar sejarah semata mata nak lulus exam je kan. Itu yang buat pemikiran kita tak luas sebenarnya. Belajar semata-mata nak exam, bukan sebab nak ilmu tu, bukan sebab nak menjiwai ilmu tu dalam diri kita. I think we should work on that. Tukar pemikiran kita kita yang tengah belajar ni. And aku sebagai bakal pendidik bangsa, adalah penggerak nadi wawasan! Ayuh rakang rakang sekaliang!
Haa, nampak tak bukti aku graduan BTN? Semangat kenegaraan kuat ni siottttt. Membara di dalam dada. Hahahahaha. Aku memang tengah serius ni tapi agak awkward kalau tak letak Haha kat hujung ayat aku.
Yeah right, whatever.
Groupmate aku pun semua best-best. Seronok lah. Sepanjang 5 hari tu phone kena bagi ketua fasi simpan. So no phone, no facebook, no nothing. Ada berani? For me, 5 hari tak dapat pegang phone pun aku rilek je. Yelah, rileks je lah kan, bukan ada boyfriend pun nak mesej-mesej, call call (ayat loser gila kahkah) Tapi kan ada orang tu rindu aku sebab tak dapat video call berjam-jam kat Skype. Tihihi kesian dia. Saya dah balik kan wak? I'm all yours now *senyum tayang gigi*
Kalau nak cerita semua yang berlaku kat BTN tu memang penatlah korang nak baca. And tak tergambar dengan perkataan lah. Ahha Haa (alamak rindu abang Aduka). Macam-macam kot jadi. Ada kelakar, ada sedih, ada pahit, maung, payau sume satu set kohomplit! Err, I mean complete. So kalau nak tau camne BTN ni, sila pergi dan alaminya sendiri. Hahaha
Dah, satu gambar je dahla. Yang laen pergi cekidauddd kat Facebook. Broadband I is the very lah lembab nak upload satu bijik gambar boleh aku membuta dulu baru siap upload. Choiii. Lagipun takleh tayang banyak-banyak sangat gambar. Nanti semua nak mengorat kite. Eh takboleh lah, kite ni budak sekolah lagi.
Nanti kite bagitau daddy kite!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment