Monday, March 28, 2011

Kisah Srikandi Penakut



Rindu jugak duduk kat LEF (nama bangunan tempat kitorang duduk dulu). Eventho tak sampai setahun pun *kejap nak kira* Haaa, empat bulan je pun duduk sana. I mean duduk kat rumah aku sendiri lah kan. Sejak kejadian rumah terbakar tu aku merempat rumah kawan aku lain yang tak effect. Now that semua dah pindah, malangnya aku still sambung program kemerempatan berjemaah SAMPAILAH SEKARANG. HAIIHH.



Tapi takpe. Bak kate Shaa Bonita kite (ewah, coloc sape niii) ; semua yang terjadi ada hikmahnya.


Biar takde rumah asalkan happy. ahhahahahaha



I remembered dulu masa duduk sana, tetibe tetengah malam buta aku lapar. Aku pun decide lah nak goreng ayam. Ya, pukul 12 tengah malam aku goreng ayam. Pas makan terus tidur. Gemuknya tak jugak. Cittt. Eh kenapa statement aku ni macam ada peluang dapat penampor sedas dari rakyat jelata? Haha



Sekali kauworang tahu? Time aku on kan plat elektrik nak masak, satu rumah aku gelap. Blackout. Ah sudah. Cilakak gelap gilaaa. Terkejut terkujat aku kejap. Dengan keadaan termeraba raba takde arah, aku carik pintu. Takut kot. Gelap gelap cenggitu. Dahlah duduk sorang. Aku tak fikir lain, aku pegi ketuk pintu jiran. Cik Wani (bukan Hadzwani Hasni eh, Hazwani Taufik. Haha) jadi mangsaaa. Aku ketuk pintu dia dalam keadaan panik and gelabah, so korang pepaham lah macamane kan. Cube korang bayang? Dapat tak? Terbayang tak cemane aku ketuk? Ah tak nampak sudah. Malas aku nak layan korang.



Alkisahnya secara tak langsung aku telah menakutkan Wani jugak. Tetengah malam buat kecoh kau ni Aqilah. Memanglah. Bila dua dua dah takut, we ols pun carik Abe Nah and Jai. Hahahahaha. Suruh diorang picit balik suis kat rumah aku tu (padahal kat depan pintu je pun) tapi sebab gelap and terkejut and takut benda tak patut takut pun jadi takut. Jadi aku klasifikasikan situasi aku tu sebagai TRAUMA.



Eh suke la hati ada kaitan ke tak. Hahahhhaa.



Bila rumah aku dah ada elektrik balik, aku tak tidur kat rumah malam tu. Semak rumah Wani. Dashoat kau nyah, penangan terkejut beruk. Haha. And aku angkut sekali ayam yang aku nak goreng tu kat rumah Wanie <--- tambah E lah hujung, tak konpius. Dengan bahagianya aku goreng kat rumah dia and had my supper there seraya tidur terbongkang selepas kekenyangan. Tihihiii


Ye aku memang penakut. Ada masalah ke? Takde? Ok boleh bersurai




jangan berumah di tepi pantai,

Saturday, March 26, 2011

Aqilah, Behave.


Semenjak dua menjak tiga menjak ni kan, kalau aku buat jahat sikit je, mesti kene cash punya. Lepas tu aku terus berazam nak behave. Hahahahaha (yeah roite)


Cerita 1.

Time ni aku gi Strasbourg. Pergi jenjalan naik bot and all lah kan. Menikmati keindahan Strasbourg yang indah permai, bersekutu bertambah mutu. Lepas lunch dekat Restoran Briyani Maharaja (which was sinfully delicious I tell you) kitorang teruskan perjalanan merentasi Hutan Amazon. Cuaca cantik, matahari memancar terik tapi angin dia masya allah, mencengkam tulang belikat secara bertubi tubi. Tapi tak kesahlah, macam tak biasa lak sesejuk ni. So bila dah sejuk, lapar lah balik kan. Kitorang decide nak beli Pretzel. Ada satu Pretzel ni dia tabur gula kat surface dia. Dan rasa sebijik macam donat Opah Cik Non (babysitter aku dulu. Dia jual nasik lemak and kuih muih yang sumpah boogie the waaahhh) Makanlah sambil jenjalan kan. Dessertlah konon padahal baru lepas melantak tak ingat kat kodai Maharaja tu.


Dengan muka yang sesungguhnya annoying dan berlagak riak serta poyo royo, aku tunjuk kat kengkawan aku lain Pretzel aku nak habis dah. Korang ni ahhhh semua lambat. Lembab makan. Macam siput sedut. Kengkawan aku semua buat muka malas nak layan. Ehh lantaklah kau Keyla. Macam tulah kot diorang rasa.

And then sampai satu part ni time kitorang nak melintas jalan, dengan tak semena mena Pretzel yang aku pegang tu tiba-tibe tergelincir (belasahhh) dari tangan aku, lalu jatuh membaham bumi. Betul betul depan mamat hensem yang tengah tunggu nak melintas. And ditemani orang-orang lain yang ade kat sekitar tu. Mangkuk ayun. Mana nak letak muka I ni nooookkkk. Malu sekampung. Tak pepasal dapat cash. Baru je bape minit aku mempoyo royo takde motif. Kengkawan aku lain takpayah cakaplah. Semua gelak gila kaaw. Gelaklah korang, gelak. Aku bagi can



Cerita 2.

Time ni kat Resto U. Makan kat sini gila murah. Tapi kena tahan tekak lah makan makanan orang perancis yang tah hape mende lah kan. Almaklumlah I oll kan tekak melayu selera melayu. Payah betol nak telan makanan diorang ni. Lama jugaklah melepak. Buat macam kedai mamak. Buat lawak bangang, gelak reramai. Slack takde teh tarik and roti canai je. Tapi bolehlaaaaah kan. Ganti dengan yogurt and cheese and bun *muntah* So I was about to eat my bannena (slang omputih) Pisanglah, pandai. Hesh tu pun nak kena ajar ke. Semangatlah aku mengopek kulit pisang ni sambil Dila perhati aku secare syoknye. Bila aku nampak Dila tengok aku gitu, aku cakap kat dia beserta dengan muka sesungguhnya annoying :


Dila nak? TAKBOLEEHHH HAHHAHAHHHAHAHAHA <-- ni memang tak tipu. aku gelak serious ni When riggggghhhttt after aku bukak tu, pisang tu jatuh kat dulang aku. Tahu tak Resto U tu dikelilingi oleh beratus ratus bebudak U? Yang datang untuk makan lunch? And boleh pulak aku buat jatuh air muka pisang terjatuh? DEMMMIIIIITT. Malu sekampung weeeeeei. Kawan aku memang takde lain lah. Gelak sepenuh hati. Takpe, wa kasik can. takda haaal, wa sporting


Cerita 3.


Kali ni aku buat muka sesungguhnya annoying and cakap benda yang menyakitkan hati dengan someone ni. Biasalah memang hobi aku pun. Ngahahha. Lepas tu kitorang nak pergi kelas. Tapi aku naik bas. Kawan aku ni jalan kaki. Tau tak apa jadi? YAAAAAA, AKU SALAH NAIK BAS. SO SAMPAI KELAS LAMBAT. Cis.


Part yang ni memang tak boleh blah aaa. Dalam bas time time dah tersedar salah naik bas mulalah aku bermuhasabah diri nak behave pasni. Taknak dah jadi annoying buat sakit hati orang lain. Sebab 3 kali dapat cash. Waceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh



Yelah tu,

Tuesday, March 22, 2011

Sehati Berdansa



Hai sumeorang. Dah makan ke belum?


DAAAAAAHHHHHH.



Sendiri tanya sendiri jawab. Roite.



Ok harini bukan nak cerita pasal makan. But harini nak cerita pasal menaari. Ye bebeh, menariiii.



OOOHHHH I AM SOOO TERRIBLE IN DANCING.




Main dance pad reti lah kot. (Awhh sumpah rindu main menda alah ni. been 3 months tak main dah. Cepatlah siap rumah. Buduh) But joget? FAIL weh, FAAAAIIILLLL.



Tapi tak kesahlaaahh. Belasah aje. Tengoklah ape hasilnye nanti ye tawan tawan. Just trying, for fun. Manelah tahu nanti ada balak perancih mata hijau tersangkut ngan aku ke kan bahahahahahahaha


9 days je lagi. Pray hard for my kelembutan dan kecantikan ( ni takpayah pening pikir. dah memang sedia cantik kan)




HAHHAHHAHHAHAHAHAHAHAH




muntah hijau sebaldi,

Sunday, March 20, 2011

Ai Miss Yuu!


Disebabkan banyak berjalan kaki, and meluangkan masa dalam bilik termenung, read : jamban , maka terciptalah dialog seperti berikut :


Me : Mak, nanti jom pergi RNR Tapah nak?
Mak: Hesh nak buat ape?
Me : Nak borong MAK BEE dengan jambu air berbondong bondong.
Mak : Ya Allah budak ni


Mak: Kilah, kamu nak makan apa?
Me : Harini ila nak sup tulang, esok nak tomyam mak, luse nak laksa, tulat nak nasik lemak, tupin nak tu, nak ni, nak tu, nak ni nak tu
Mak : Eh mengada
Me : Ala mak, orang duduk jauh. Kesian taaaauuuu lama tak makan masakan mak *sambil tunjuk muka original* READ : muka comel


Me : Long, jom singgah kat situ. Nak beli burger brader tu. Dahlah hensem sedap. Sumpah best meleleh leleh mayones dia
Along : Pizza taknak? Along belanja? Kenny Rogers ke?
Me : Oh pelislaa. Tak lalu pizza pizza ni. Kenny rogers ke. Muak kuasa mega elektron. Burger brader baru feeeeeeling!
Along : Suke hati kamu lah


Me : Ko tau tak kalau aku nampak lori besar gedabak alam ni aku terbayang apa?

BFF : Hamende?

Me : Aku imagine dia bertukar jadi Optimus Prime cam dalam Transformers tu. Chikokekkokkekkokkokeke *siap buat soundtrack*

BFF : Kau ni gila la nok

Me : Betol doh. Like seriously I tell you. Bila Transformers 3 nak keluar eh? Kata time summer ni. Pleaselah by june ni pelisssssssslah. Kite tengok kat GSC jom! Tak kuasa aku
nak tengok T3 dubbing in French. Sooo lasssssttt yeaaarrrr

BFF : Ko velanja ah. Kite book macam tengok cerita Twilight dedulu. Bapak angau gila pas tengok kau ingat tak? Hahahahahaa

Me : Ingaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat! We went oooohhhsss aaahhhhsss dalam wayang macam happe je. Kau lah ni. Seksaited telebey

BFF : Owooh, macamlah kau tak pulaaaaaak? Kau lagilaahh, pung pang pung pang

*korang rekalah sendiri dialog yang boleh tahan gedik, I tak reti gedik gedik ni wahaa*


Kat supermarket :

Me : Aaaaaa nak gi sane nak gi sane *teloncat loncat cacat*
Mak : Nak buat apenye?
Me : Borong asam sekuat hati mwehehheeheheheheheeh
Mak : Anak aku ni


OK enough alreaaaadddyyy! Fine. Clearly aku rindu Malaysia. Baru 7 bulan je pun. Boo me, BOOOOO


Tau tak mat and minah perancih lunch makan sandwich. I mean, seriously? Sandwich for lunch? Tahu tak tu setakat buat taik gigi je kat Malaysia? Taik gigi selit kat gigi je. Tapi orang sini tu lah lunch diorang.


Malaysia, I miss you so very strongggg!

Rupanya Gerimis Mengundang.



Hobi baru. Duduk termenung, senyap, kepala berputar ligat, berfikir. Aqilah susah nak duduk diam diam senyap senyap ni. Tapi sekarang that's what I prefer the most. I dont know why. But I kept doing it alot lately. Mencari ketenangan mungkin.



Sampai kawan aku pon pelik kenapa senyap. Dalam bas pergi Strasbourg pun aku senyap sepanjang jalan. Ofcourselah tido, watpe lagi hahahahaha tapi bila bangun, aku pandang tingkap, termenung jauh jauh. Sampai menitis air mata tanpa sedar. Lap cepat cepat. Kantoi ah diorang nampak nanti. Tak macho ah gua bebb


Serabut lah sejak kebelakangan ni. Dengan rumah tunggu tunggu tak siap. And my performance dalam study tak se-bright dulu (waceh bright lah sangat kan) and, ya. Tanak sebut. OK Tanak sebut nananananana


Benda yang aku taknak sebut ni kot yang effect the most. Like orang putih kata, you dont play play with the fire you know. You play you see lah what happen. Serve you right.


Ye padanmuka aku.


But I believe, everything happens for a reason. Aku tahu ada yang sayang aku lebih dari aku sayang dia.


Akan ku genggam kuat-kuat hasil lamunan jauhku ni. OK, ayat agak takboleh belah disitu. Eh sukela hati kan. haha


Byee!



Monday, March 7, 2011

Tumbesaran.

Aku sangat tidak bersabarnyeeee nak musim bunge nye puuunn. Sebab kan, tau kan, sejuk ni kan wilinter wilinter ni. Angin die pun kaan, bikin seluluh tulang menggeligil. Sudahlah apeknye pun bertulang je memang. Manyak tak selonok woo


Nak beli shades like soo baaaaaaddddddddd. Tapi kenapa semua size besar besar eh? Muka I yang kecik ke or celemin celemin mate tu yang besar gedabak? Takkanlah shades pun aku kene beli size bebudak jugak? Menci tol I nok. Rimas mak ni haa.




BILA IOLSSSS NAK MEMBESAR NI UOLSSSS SUMEEEEEEEE?




Tekanan Iolsss tau.

Thursday, March 3, 2011

Blame it! Blame it it it it!

Aku nak blame Facebook. Sebab Facebook telah :

1. Memalaskan aku nak update blog. I used to crap alooooot before. Kat blog lama. Bila baca balik tersenyum sorang sorang. Seronok kot ade blog ni. Sejibik sejebon macam diari lama aku dulu. Zaman Form 2, Form 3. Lawak gila bila baca balik. Aku sangat naif (eh sekarang pun naif jugak ape. hahahahhahaha) and
desperate childish.

Sekarang dah matanglah sikit orang kata. Mahahahahha OK tak kelakar.



So kenapa eh aku malas nak update blog kenapa eh kenapa? Blame Facebook. Sebab dia dari blogging aku prefer lagi stalking. Seronok gak tengok macam macam jenis orang, macam macam jenis perangai, macam macam jenis gambar, macam macam rupa and macam macam jenis saiz (S, M, L, XL, XXL) *motif?*



Tapi kengkadang tu tak payah susah payah nak stalk pun, memang dah ada kat HOME FEED cerita kau tu Bedah. Tak payah perasan sangat aku nak stalk kau. Tak hingin pun. Baik aku baca gosip Justin Bebeh.





2. Haa point kedua! Facebook telah memalaskan aku untuk membaca. Serious Joyah, aku memang malas betul nak membacaaaaaa. Dedulu zaman sekolah (God, i feel old) aku memang suka gila membaca novel, tak kisah lah english ke, bahasa melayu ke, aku baca je. Hatta majalah, suratkhabar, flyer, katalog Avon Carrefour, Makro (dulu Makro sekarang Tesco Extra. OK i feel double old now) mesti aku suka nak baca. Suka nak selak selak.



Tapi sekarang? SEKARANG TENGOK? Punyalah payah aku nak mula membaca. Awal datang France dulu semangatlah aku beli sebijik novel ni. Yo yo oo laa konon nak baca. Sampai sekarang dah 6 bulan (wow, dah 6 bulan dah? cepatnya!) buku tu aku tak khatam khatam lagi. Baru sampai page 30. Out of 261. Blame Facebook. I mean it, seriously. *muke serius* Lepas tu haritu time kemas barang nak pindah, aku terjumpa buku tu, try catching up with what I've left before, tapi aku tak ingat dah cerita dia pasal apa. Kenaaaaa start all over again. Chi pu taw liaw



Banyak lagi benda aku nak blame Facebook ni. Tapi aku malas nak brainstorming point point lain sebab aku lapar nak dinner second time. I lapar pulak nokk tengah-tengah malam ni. Cant think much sudah.


So ape kite nak buat dengan Facebook ni eh rakan rakan?





KITE BAKOR JEE, BAKOR JEEE


*gaya tangan Usop*


Penangan Hantu Kak Limah Balik Rumah