Monday, March 28, 2011

Kisah Srikandi Penakut



Rindu jugak duduk kat LEF (nama bangunan tempat kitorang duduk dulu). Eventho tak sampai setahun pun *kejap nak kira* Haaa, empat bulan je pun duduk sana. I mean duduk kat rumah aku sendiri lah kan. Sejak kejadian rumah terbakar tu aku merempat rumah kawan aku lain yang tak effect. Now that semua dah pindah, malangnya aku still sambung program kemerempatan berjemaah SAMPAILAH SEKARANG. HAIIHH.



Tapi takpe. Bak kate Shaa Bonita kite (ewah, coloc sape niii) ; semua yang terjadi ada hikmahnya.


Biar takde rumah asalkan happy. ahhahahahaha



I remembered dulu masa duduk sana, tetibe tetengah malam buta aku lapar. Aku pun decide lah nak goreng ayam. Ya, pukul 12 tengah malam aku goreng ayam. Pas makan terus tidur. Gemuknya tak jugak. Cittt. Eh kenapa statement aku ni macam ada peluang dapat penampor sedas dari rakyat jelata? Haha



Sekali kauworang tahu? Time aku on kan plat elektrik nak masak, satu rumah aku gelap. Blackout. Ah sudah. Cilakak gelap gilaaa. Terkejut terkujat aku kejap. Dengan keadaan termeraba raba takde arah, aku carik pintu. Takut kot. Gelap gelap cenggitu. Dahlah duduk sorang. Aku tak fikir lain, aku pegi ketuk pintu jiran. Cik Wani (bukan Hadzwani Hasni eh, Hazwani Taufik. Haha) jadi mangsaaa. Aku ketuk pintu dia dalam keadaan panik and gelabah, so korang pepaham lah macamane kan. Cube korang bayang? Dapat tak? Terbayang tak cemane aku ketuk? Ah tak nampak sudah. Malas aku nak layan korang.



Alkisahnya secara tak langsung aku telah menakutkan Wani jugak. Tetengah malam buat kecoh kau ni Aqilah. Memanglah. Bila dua dua dah takut, we ols pun carik Abe Nah and Jai. Hahahahaha. Suruh diorang picit balik suis kat rumah aku tu (padahal kat depan pintu je pun) tapi sebab gelap and terkejut and takut benda tak patut takut pun jadi takut. Jadi aku klasifikasikan situasi aku tu sebagai TRAUMA.



Eh suke la hati ada kaitan ke tak. Hahahhhaa.



Bila rumah aku dah ada elektrik balik, aku tak tidur kat rumah malam tu. Semak rumah Wani. Dashoat kau nyah, penangan terkejut beruk. Haha. And aku angkut sekali ayam yang aku nak goreng tu kat rumah Wanie <--- tambah E lah hujung, tak konpius. Dengan bahagianya aku goreng kat rumah dia and had my supper there seraya tidur terbongkang selepas kekenyangan. Tihihiii


Ye aku memang penakut. Ada masalah ke? Takde? Ok boleh bersurai




jangan berumah di tepi pantai,

No comments: