Sunday, March 20, 2011

Ai Miss Yuu!


Disebabkan banyak berjalan kaki, and meluangkan masa dalam bilik termenung, read : jamban , maka terciptalah dialog seperti berikut :


Me : Mak, nanti jom pergi RNR Tapah nak?
Mak: Hesh nak buat ape?
Me : Nak borong MAK BEE dengan jambu air berbondong bondong.
Mak : Ya Allah budak ni


Mak: Kilah, kamu nak makan apa?
Me : Harini ila nak sup tulang, esok nak tomyam mak, luse nak laksa, tulat nak nasik lemak, tupin nak tu, nak ni, nak tu, nak ni nak tu
Mak : Eh mengada
Me : Ala mak, orang duduk jauh. Kesian taaaauuuu lama tak makan masakan mak *sambil tunjuk muka original* READ : muka comel


Me : Long, jom singgah kat situ. Nak beli burger brader tu. Dahlah hensem sedap. Sumpah best meleleh leleh mayones dia
Along : Pizza taknak? Along belanja? Kenny Rogers ke?
Me : Oh pelislaa. Tak lalu pizza pizza ni. Kenny rogers ke. Muak kuasa mega elektron. Burger brader baru feeeeeeling!
Along : Suke hati kamu lah


Me : Ko tau tak kalau aku nampak lori besar gedabak alam ni aku terbayang apa?

BFF : Hamende?

Me : Aku imagine dia bertukar jadi Optimus Prime cam dalam Transformers tu. Chikokekkokkekkokkokeke *siap buat soundtrack*

BFF : Kau ni gila la nok

Me : Betol doh. Like seriously I tell you. Bila Transformers 3 nak keluar eh? Kata time summer ni. Pleaselah by june ni pelisssssssslah. Kite tengok kat GSC jom! Tak kuasa aku
nak tengok T3 dubbing in French. Sooo lasssssttt yeaaarrrr

BFF : Ko velanja ah. Kite book macam tengok cerita Twilight dedulu. Bapak angau gila pas tengok kau ingat tak? Hahahahahaa

Me : Ingaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat! We went oooohhhsss aaahhhhsss dalam wayang macam happe je. Kau lah ni. Seksaited telebey

BFF : Owooh, macamlah kau tak pulaaaaaak? Kau lagilaahh, pung pang pung pang

*korang rekalah sendiri dialog yang boleh tahan gedik, I tak reti gedik gedik ni wahaa*


Kat supermarket :

Me : Aaaaaa nak gi sane nak gi sane *teloncat loncat cacat*
Mak : Nak buat apenye?
Me : Borong asam sekuat hati mwehehheeheheheheheeh
Mak : Anak aku ni


OK enough alreaaaadddyyy! Fine. Clearly aku rindu Malaysia. Baru 7 bulan je pun. Boo me, BOOOOO


Tau tak mat and minah perancih lunch makan sandwich. I mean, seriously? Sandwich for lunch? Tahu tak tu setakat buat taik gigi je kat Malaysia? Taik gigi selit kat gigi je. Tapi orang sini tu lah lunch diorang.


Malaysia, I miss you so very strongggg!

No comments: